Tempatan

Dasar-Dasar Ekonomi Di Malaysia

1. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

Dirasmikan pada 17 Jun 1991 oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-4, Y.A.B Datuk Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) memberikan tumpuan kepada pencapaian pembangunan yang seimbang antara sektor utama ekonomi dan wilayah serta mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara masyarakat.

Dasar ini berada di bawah menjadi DPN adalah fasa pertama Wawasan 2020 dan sebahagian besar daripada Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) untuk tempoh tahun 1991-2000. DPN menjadi lambang permulaan satu lagi era baru untuk membolehkan Malaysia memegang status negara maju menjelang tahun 2020.

OBJEKTIF

DPN memberi fokus dalam mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu demi memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik. Sehubungan itu, ia juga bertujuan untuk mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.

DPN juga telah menetapkan satu usaha yang membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dari semua aspek seperti keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

STRATEGI PELAKSANAAN

(a)  Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama.

(b)  Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan. 

(c)  Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

(d)  Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar.

(e)  Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara. 

(f)  Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat. 

(g)  Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden.  

(h)  Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.

2. DASAR WAWASAN NEGARA (DWN)

Dasar Wawasan Negara (DWN) adalah fasa kedua dalam Wawasan 2020. DWN merupakan hasil gabungan kedua-dua dasar yang sebelumnya, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.

Dasar ini menjadi sebahagian dari Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) yang juga terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-3 (RRJP3) untuk penggal 2001-2010.

DWN memainkan peranan dalam menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama pada abad ke-21.

OBJEKTIF

DWN bermatlamat untuk mencapai perpaduan nasional dan pada masa yang sama, ia masih mengekalkan objektif membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan juga pembangunan yang seimbang.

Ia juga menyediakan hala tuju kepada Malaysia dalam usaha menjadi negara maju menjelang 2020.

STRATEGI PELAKSANAAN 

(a) Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.

(b) Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah.

(c) Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro.

(d) Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.

(e) Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat.

(f) Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yangcekap, produktif dan berpengetahuan.

(g) Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhanjangka panjang.

3. MODEL BARU EKONOMI (MBE)

Fasa ketiga Wawasan 2020 dinamakan sebagai Model Baru Ekonomi (MBE). Ia dilancarkan pada tahun 2010 dan merangkumi tempoh masa 2011 hingga 2020.

MBE juga merupakan pemangkin dalam menjana potensi pertumbuhan negara.

MBE merangkumi empat tonggak transformasi negara di bawah gagasan “1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” iaitu Program Transformasi Kerajaan; Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Luar Bandar.

OBJEKTIF

Model Baru Ekonomi akan menjadi pemacu Malaysia dalam usaha menuju ke arah menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dan juga menjadi petunjuk pentadbiran dan pengukur pencapaian kerajaan.

STRATEGI PELAKSANAAN

(a) Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi.

(b) Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

(c) Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing.

(d) Memperkukuhkan sektor awam.

(e) Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran.

(f) Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan.

(g) Meningkatkan sumber pertumbuhan.

(h) Memastikan pertumbuhan yang mapan.

Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my

http://www.slideshare.net/munnianwar/model-ekonomi-baru-meb

http://gurudasar.blogspot.my/2010/02/model-ekonomi-baru.html

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker