Gaya HidupPercutian

Bandar Biru Di Maghribi Bertukar Hijau?

Di Maghribi, terdapat sebuah bandar yang popular dengan gelaran ‘The Blue City’ kerana rona biru yang meliputi keseluruhan bangunan-bangunan di bandar itu.

Terletak di barat daya Maghribi, Chefchaouen sedang bergerak maju untuk menjadi sebuah bandar hijau.

BANDAR-ECO CHEFCHAOUEN

Menurut laman web Morocco World News, setelah tujuh tahun majlis perbandaran Chefchaouen mengisytiharkannya sebagai sebuah bandar eco, bandar tersebut tidak putus-putus mengambil inisiatif untuk menjadikannya bandar yang mampan serta mesra alam sekitar.

“Pada April 2010, majlis perbandaran Chefchaouen (yang juga dikenali dalam kalangan rakyat tempatan sebagai Chaouen) telah mengambil keputusan sebulat suara untuk mengubah Chaouen menjadi bandar yang mampan,” kata Mohamed Sefiani, Datuk Bandar Chefchaouen.

Jelas beliau, walaupun beliau menyedari “bandar ini masih bukan sebuah bandar eco,” beliau menekankan bahawa “pentadbiran tempatan sangat tekad dalam menjalankan projek itu.”

“Kami sedang dalam fasa peralihan. Kami adalah antara bandar paling maju di peringkat Maghribi dan Afrika dalam hal  ini, “katanya.

PENERAPAN POLISI ALAM SEKITAR

Chefchaouen menggunakan polisi alam sekitarnya untuk melaksanakan langkah-langkah yang tepat dalam menguruskan sumber semula jadi serta persekitarannya dengan baik.

Antara tindakan yang tercetus disebabkan polisi ini termasuklah mencipta ruang hijau serta menjalankan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar dan pembangunan mampan dalam kalangan orang ramai.

Projek-projek berkenaan alam sekitar yang telah dilancarkan termasuklah penggunaan basikal elektrik untuk menyeberangi jalan-jalan sempit  yang terdapat di bandar biru ini.

 Ia juga digunakan oleh pegawai-pegawai perbandaran ketika menjalankan tugasan mereka seperti meronda bandar serta menjadi pusat informasi bagi orang ramai.

Untuk menanam amalan hijau dalam diri masyarakat, Aziz, 40-an seorang pegawai majlis perbandaran, melaksanakan tugasnya memeriksa tapak bangunan di sekitar bandar itu dengan menunggang basikal elektrik, memakai baju keselamatan neon dan helmet.

“Ia merupakan sebuah cara yang praktikal dan mesra alam untuk bergerak!” ujarnya.

“Tindakan ini mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar serta membolehkan kami ke mana-mana dengan mudah tanpa menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang boleh mencemar alam sekitar,” tambah Aziz lagi.

PUSAT KESEDARAN PENTINGNYA KELESTARIAN ALAM SEKITAR

Bandar ini menjadi pusat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai tentang kelestarian alam sekitar.

“Sebagai contoh kepentingan menjimatkan penggunaan tenaga yang sedia ada dengan memasang serta menggunakan panel fotovoltaik (solar) di beberapa lokasi, seperti di perpustakaan.

“Hal ini kerana, penggunaannya menyumbang kepada penghasilan elektrik serta mengurangkan kebergantungan terhadap sumber bahan api fosil yang boleh membahayakan alam sekitar.

“Terdapat juga sebuah muzium berorientasikan alam sekitar yang sedang dibina ,” kata AFP.

Chefchaouen adalah sebuah bandar berwarna biru yang indah yang terletak di kawasan pergunungan Maghribi di timur Tangier.

Mempunyai warisan Arab, Berber, Yahudi dan Moor serta unsur tarikannya yang tersendiri bandar ini bukan sahaja destinasi yang indah untuk pelancong tetapi juga lokasi pilihan bagi industri fesyen serta  industri video muzik yang penuh glamour.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker