Sukan

Penerjun Negara Gagal Ujian Doping Akibat Produk Minuman

Umum pasti terdengar tentang penarikan balik pingat emas penerjun negara, Wendy Ng Yan semasa Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kelmarin akibat gagal ujian doping.

Namun, dadah yang terdapat di dalam badan Wendy bukanlah dadah untuk meningkatkan staminanya tetapi ia biasa terdapat di dalam produk kurus. Dadah tersebut adalah jenis Sibutramine.

Wendy disahkan mengambil bahan terlarang jenis sibutramine selepas sampel B yang uji di makmal Agensi Anti Doping Dunia di New Delhi pada 11 Oktober.

Wendy percaya ia mungkin telah memasuki sistem badannya melalui minuman yang dikongsi bersama ahli keluarganya.

Kehilangan emas di dalam acara 3 meter papan anjal individu dan seirama bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri pastinya satu tamparan hebat kepada Yan Yee kerana beliau telah menanti sejak tahun 2011 untuk memenangi pingat emas bagi acara individu. Walau bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha dengan lebih baik. 

Wendy yang pernah menjadi finalis di Olimpik Rio masih menunggu pihak Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) untuk memberi keputusan mereka. Rekod bersih yang dipegang Wendy berkemungkinan besar membolehkan hukuman ke atasnya diturunkan menjadi tidak lebih dari 6 bulan.

“Saya akan meneruskan terjunan. Saya masih mempunyai impian. Masih banyak pingat yang saya mahu menang tetapi apa yang lebih penting ialah saya mahu membuktikan bahawa saya ialah seorang atlet yang bersih dan tidak menipu untuk menang,” kata atlet berusia 25 tahun ini.

“Saya tidak pernah membayangkan saya akan melalui situasi seperti ini tetapi ia memberi pengajaran buat saya untuk menangani masalah seperti ini.

“Selepas berita tentang doping keluar, saya menyendiri di dalam bilik untuk tiga bulan. Saya telah berlatih dengan sangat keras dan perlu menahan kesakitan akibat kecederaan. Tiada siapa yang boleh memahami apa yang saya lalui”.

Wendy yang merupakan finalis kejohanan dunia sangat berharap beliau boleh mewakili Malaysia untuk Sukan Komanwel Gold Coast pada bulan April ataupun Sukan Asian Jakarta-Palembang pada bulan Ogos.

Mengakui dirinya kini dalam keadaan yang lebih baik, Wendy akan lebih berhati-hati dengan apa yang dia ambil selepas ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker