Isu SemasaTeknologiTempatan

Gangguan Permainan Video Adalah Penyakit Mental – WHO

Permainan video adalah antara hobi paling terkenal yang juga boleh dijadikan sebagai kerjaya. Ramai yang bermain permainan video untuk berseronok atau belajar tentang teknik baharu daripada video yang dimuat naik oleh pemain lain.

Seperti hobi yang lain, bermain permainan video secara keterlaluan juga boleh mendatangkan bahaya.

Twitch merupakan platform terkenal di mana penonton dapat menonton pemain kegemaran mereka. Ia juga merupakan satu kaedah di mana streamer menjana pendapatan daripada yuran langganan yang dibayar oleh penonton.

Pemain juga dapat berinteraksi bersama pemain daripada seluruh dunia.

Walaupun permainan video hanya untuk bersuka-suka, bermain untuk tempoh yang terlalu lama boleh mengundang keburukan kepada kesihatan dan kehidupan sosial seorang pemain.

The World Health Organisation (WHO) telah hampir mengklasifikasikan “gangguan permainan video” sebagai gangguan mental di dalam  manual penyakit 2018.

Dalam draf beta di International Classification of Diseases  ke sebelas (ICD-11) WHO yang dikemas kini, gangguan permainan video telah diletakkan dalam kategori  “gangguan mental, tingkah laku, atau neurodevelopmental

Menurut draf itu, seseorang yang mempunyai gangguan ini tidak dapat mengawal diri daripada bermain permainan video dan memberi keutamaan kepadanya sehingga ia mengambil alih aspek kehidupan yang lain walaupun mereka tahu ia mempunyai kesan negatif.

ICD-11 mengatakan tingkah laku seperti ini teruk sehingga ia menjejaskan diri mereka sendiri, keluarga, sosial, pendidikan, pekerjaan serta tidak melakukan tanggungjawab harian lain.

Ketagihan permainan video di Malaysia

Muzaffar Mustafa, atau lebih dikenali sebagai Senpaics, ialah seorang gamer profesional. Dia tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa kebanyakan gamer mempunyai kehidupan yang tidak sihat.

Tambahnya lagi, dia menghabiskan lapan hingga 12 jam di Twitch, tetapi tidak pernah meninggalkan makan minum serta kebersihannya.

Walaupun begitu, dia mengaku gangguan mental itu wujud.

“Ia bergantung kepada individu dan cara mereka mengendalikan situasi. Saya rasa semua orang patut berehat kerana (jika) duduk dan menghabiskan masa berjam-jam tanpa makan dan tidak keluar (rumah), ia boleh menjejaskan anda,” katanya kepada The Star.

Sesetengah gamer pula sanggup menghabiskan wang sehingga RM 408,000 untuk peralatan baharu.

Hafiz Marzukhi, 27, berkata ia mudah untuk ketagih dengan permainan video tetapi sukar untuk menyedari masalah itu wujud.

Antara yang paling mengejutkan, ada yang bermain selama 12 hingga 20 jam berterusan sehingga ia menjejaskan prestasi di tempat kerja.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker