Isu SemasaTempatan

Mencipta Pekerjaan Untuk Golongan Belia

Tahun lepas, SKIM Latihan 1Malaysia (SL1M) menjadi tumpuan di United Nations Public Service Forum 2017 yang berlangsung di World Convention, The Hague, Belanda.

Ketua Sekretariat SL1M, Norashikin Ismail menjadi wakil negara ke forum itu yang disertai negara serata dunia.

Program ini yang menyediakan platform untuk meningkatkan kebolehpasaran golongan graduan dengan pembedahan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja telah diiktiraf sekali gus menjadi rujukan dunia.

Norashikin membentangkan inisiatif Malaysia menerusi SL1M dengan begitu terperinci dalam menangani isu pengangguran negara dalam kalangan belia, terutamanya graduan universiti.

Menurutnya, program ini berjaya menolong lebih daripada 120,000 graduan muda mendapatkan pekerjaan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran dengan serta-merta.

Setakat ini, projek ini membabitkan 300 syarikat tempatan yang memilih dan melatih peserta. Walaupun syarikat digalakkan untuk membantu graduan mendapatkan pekerjaan selepas program tamat, tiada pekerjaan yang dijamin.

Ini adalah salah satu contoh cara kerajaan mencipta pekerjaan.

Dalam ekonomi Malaysia, kadar pengangguran sejak 2011 dianggap sederhana – antara 2.9% dan 3.7%. Tetapi pada tahun 2014, 9.5% daripada keseluruhan penggangur terdiri daripada pekerja muda berumur 18 hingga 24 dan angka ini meningkat kepada 10.7% pada tahun 2015.

Laporan dari Bank Negara 2016 mendapati kadar penganggur graduan pendidikan tinggi lebih tinggi daripada mereka yang tiada pendidikan tinggi.

Salah satu sebab mengapa trend ini berlaku adalah kerana kekurangan pekerjaan untuk individu kemahiran tinggi. Lebih-lebih lagi, majikan di Malaysia masih bimbang dengan kelemahan komunikasi dan kemahiran sesetengah graduan muda.

Kertas strategi 8 di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas mendapati pada tahun 2014, 77% daripada 10.3 juta pekerja menerima gaji bawah RM3,000 sebulan.

Dengan keadaan ini, patutkah golongan muda ini bergantung kepada sektor korporat atau membina kerja untuk diri sendiri.

Nur Syahidah, penyelidik di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), graduan dapat menggunakan kemahiran yang dimiliki pada sektor keusahawanan.

Ujarnya lagi, ia adalah tanggungjawab kerajaan bagi membantu menyokong belia usahawan dari segi keewangan, peluang serta menyenangkan prosedur bagi membolehkan bisnes mereka kekal.

SL1M mungkin pendakatan yang bagus untuk jangka pendek, namun pada jangka panjang fokus perlu diberi kepada penciptaan pekerjaan kemahiran tinggi, memperbetulkan tidak keseimbangan gaji, perkembangkan saiz ekonomi dan yang paling penting, teruskan melatih pekerja dalam pelbagai industri.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker