Sukan

Azam Tahun Baru Buat Kelab-Kelab Utama EPL

Dorongan untuk membuat perubahan, sama ada bagi seseorang individu, ataupun sebuah kelab, adalah sama sahaja.

Satu mahu kurangkan makan, sementara satu pihak lagi ingin mengurangkan gol yang dibolosi. Kini, menjelangnya tahun baru, semua pihak mahu mengambil peluang itu untuk memperbaiki diri masing-masing.

Dengan Liga Perdana Inggeris kini memasuki fasa kedua, mari kita lihat apa yang patut kelab-kelab teratas liga ini patut harapkan?

 

Manchester City: mengukuhkan lagi kedudukan bagi menggenggam  piala liga.

 

Manchester United: Ajar Jose Mourinho mengenai kebaikan bermain secara menyerang dan tunjukan manfaat mempunyai sifat keterbukaan dan rendah diri dengan melepaskan Luke Shaw dan Henrikh Mkhitaryan ke kelab yang lebih menghargai usaha mereka.

 

Chelsea: Hargai Michy Batshuayi, Antonio Conte perlu membuat keputusan sama ada pemain dari Belgium itu cukup baik untuk bermain bersama Alvaro Morata ataupun tidak.

Walau bagaimanapun, berikan pencerahan mengenai masa depan pemain yang banyak berjasa kepada kelab itu.

 

Liverpool: Bersedia untuk merebut takhta liga pada musim hadapan. Rekod perpindahan Virgil van Dijk telah melengkapkan pasukan Liverpool yang dilihat goyah, kepada pasukan yang benar-benar boleh mencabar takhta liga pada musim akan datang.

Sudah tiba masanya the Reds mengubah mentaliti mereka daripada hanya merebut top 4 kepada pasukan yang percaya mereka boleh menang.

 

Tottenham: Naikkan gaji pemain. Dengan Hugo Lloris dan Harry Kane dikatakan mendapat bayaran £140K (RM770k) seminggu, Spurs dilihat mempunyai risiko kehilangan pemain terbaik mereka jika mereka tidak mampu untuk menawarkan gaji yang setimpal seperti yang dilakukan oleh kelab-kelab setanding dengannya.

 

Arsenal: Dari mana hendak kita mulakan dengan the Gunners? Mengurangkan kuasa mutlak Arsene Wenger nampak seperti satu permulaan yang baik. Kemudian cari pengganti buat Alexis Sanchez yang seperti sudah pasti akan meninggalkan kelab itu setelah tamat kontraknya nanti.
Selain itu, tawarkan Mesut Ozil kenaikan gaji setelah apa yang disumbangkan pemain Jerman itu

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker