Isu SemasaTempatan

Pelacuran Secara Paksa Di Malaysia

Di seluruh dunia,  beribu-ribu orang wanita dan kanak-kanak perempuan telah ditangkap, diculik, dijual seterusnya dipaksa menjadi pelacur.

Harga perkhidmatan yang ditawarkan adalah berbeza-beza bergantung pada umur, kecantikan,  serta kesucian mereka.

Mereka dieksploitasi habis-habisan seakan-akan hamba pada zaman moden ini.

Menurut Human Rights Watch, wanita dan kanak-kanak perempuan yang telah diperdagangkan jarang boleh melepaskan diri atau berhenti daripada bidang ini.

Seorang bekas ketua keselamatan hotel berkata pelacuran sebenarnya merupakan “satu masalah besar” di negara ini berbanding gambaran yang telah diberikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada awal tahun 2017.

Baru-baru ini, Khalid mengakui walaupun terdapatnya pelacuran di Malaysia, beliau menegaskan bahawa pihak berkuasa mampu untuk membendungnya.

PENGALAMAN SENTIASA HAMPIR DENGAN DUNIA PELACURAN

Perunding utama JK Associates, Khen Han Ming telah bercerita pada Free Malaysia Today, pengalamannya sebagai ketua sekuriti sebuah hotel dari tahun 2012 hingga 2016 telah membawa dirinya lebih dekat kepada isu pelacuran di negara ini.

Katanya lagi, “pada asasnya terdapat dua keadaan iaitu pelacuran secara paksa dan pelacuran yang dilakukan secara sambilan”

“Pelacuran secara paksa sering dilakukan di jalan-jalan seperti Bukit Bintang, Lorong Haji Taib, dan Jalan Chow Kit di mana ia dijalankan dari rumah kedai atau hotel murah yang diubah suai menjadi rumah pelacuran

“Pelacuran secara sambilan pula sering dilakukan oleh warga asing yang datang dengan menggunakan pas lawatan sosial serta tidak mempunyai ejen atau bapa ayam.

Mereka memenuhi pasaran kelas atasan dan beroperasi di sekitar Jalan P Ramlee, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang dan sudah tentu Bukit Bintang.

Pada asasnya di mana-mana yang mempunyai hotel mewah.”

PELACURAN SECARA PAKSA PENCETUS JENAYAH LAIN

Menurut Khen lagi, adalah penting bagi pihak polis untuk menangani pelacuran secara paksa di negara ini kerana terdapat banyak jenayah lain yang mempunyai kaitan dengannya, hal ini termasuklah pemerdagangan manusia.

“Pelacuran secara paksa melibatkan orang asing yang telah diseludup masuk ke negara ini. Kebanyakan mereka datang ke negara ini dengan dokumen yang sah namun mereka sama ada menetap melebihi tempoh yang sepatutnya atau dibawa masuk serta keluar negara dengan bantuan sindiket.”

Han Ming mendakwa beberapa pihak yang terlibat dalam penyeludupan pelacur termasuklah pengendali hotel dan makanan serta pemandu teksi.

“Biasanya, merekalah yang berurusan dengan pemerdagangan orang,” kata beliau.

Selain pemerdagangan manusia, kata beliau, pelacuran secara paksa juga bermakna kemungkinan kanak-kanak bawah umur dipaksa melacurkan diri.

 KANAK-KANAK DIPAKSA MENJADI PELACUR

 Sepanjang tahun ini terdapat beberapa kes di mana kanak-kanak dipaksa melacurkan diri mereka sendiri.

Masih kecil serta tidak memahami apa-apa, mereka telah dipaksa berbuat demikian oleh ibu kandung mereka sendiri. Rata-rata hal ini berlaku kerana si ibu ingin menyelesaikan masalah kewangan yang dihidapi

Pada penghujung tahun 2017, di Limbang, Sarawak  seorang wanita dikatakan telah memaksa anak perempuannya yang berusia 14 tahun untuk melacurkan diriya untuk menyelesaikan hutang wanita tersebut.

Siasatan awal polis mendedahkan mangsa telah berhenti sekolah serta bekerja sebagai pelayan di  sebuah karaoke di Lawas, telah dipaksa menawarkan perkhidmatan seks sejak April.

Bagi ‘perkhidmatan’nya, gadis itu dibayar sejumlah wang melalui pemilik pusat karaoke. Sebahagian daripada wang itu juga diserahkan kepada ibu mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Dev Kumar berkata sejak April lalu, remaja itu dipaksa mengadakan hubungan seks serta menerima bayaran untuknya sebanyak tiga kali.

Pihak polis telah menahan ibunya yang berumur 30 tahun.

“Menurut penduduk kampung, ibunya mempunyai masalah hutang yang serius,” tambah ketua CID itu.

Sebuah lagi kes berlaku di Johor Baru, di mana seorang ibu tunggal berumur 39 tahun didapati bersalah memaksa anak-anak perempuannya, berumur 10 dan 13 tahun, menjadi mangsa pemerdagangan seks.

Menurut The Star Online, dia telah memaksa kanak-kanak perempuan tersebut melakukan hubungan seks dengan lelaki Bangladesh di hotel bajet untuk 5 hari, antara 1 Okt dan 7 Okt, untuk  bayaran sebanyak RM 50 untuk satu sesi.

Daripada duit tersebut, anak-anaknya akan diberikan ‘wang saku’ – biasanya sebanyak RM1, RM5, RM10 atau RM20.

Lebih teruk lagi, ibu ini juga telah melihat anak-anaknya melakukan hubungan seks dengan pelanggan.

Si ibu telah ditangkap ketika seorang guru bagi salah seorang adik-beradik tersebut  menerima mesej daripada mereka, seterusnya memberitahu pihak pentadbiran sekolah.

Perkara itu kemudian dibawa kepada jabatan pendidikan dan kebajikan negeri serta pihak polis.

Si ibu telah mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan, dan telah dijatuhi hukuman penjara selama 150 tahun.

Walaubagaimanapun, hukuman ke atas kesalahannya terhadap kedua-dua anak perempuannya akan berjalan serentak, jadi dia hanya akan dipenjara buat 75 tahun.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi’uddin dipetik berkata kepada Harian Metro, “jelas kelihatan kedua-dua gadis tersebut trauma oleh kejadian itu.

“Jadi kami mahu hukuman  tersebut bukan hanya untuk memberi pengajaran kepada tertuduh, tetapi juga keseluruhan masyarakat terutamanya pihak ibu bapa. “

PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM BIDANG PELACURAN

 Orang asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah boleh menyebabkan penyebaran penyakit  dan dadah.

“Dadah digunakan dalam pelacuran secara paksa supaya gadis-gadis ini dapat bertahan lebih lama serta boleh melayan ramai pelanggan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker