Teknologi

Masa Hadapan Dunia Fesyen-Peranti Pemilih Pakaian

Almari pakaian Cher Horowitz dari filem “Clueless” mempunyai sistem komputer futuristik yang membantunya memilih pakaian.

Filem tahun 1995 itu menyentuh tentang konsep bagaimana seseorang mungkin memilih pakaian di masa hadapan.

Walaupun teknologi telah banyak berkembang sejak itu, setakat ini almari pakaian tidak pernah lagi diinovasikan.

Sekarang, keadaan tersebut bakal berubah.

TEKNOLOGI UNTUK MEMBANTU MENJIMATKAN MASA

“Jika algoritma dapat melakukan tugasnya dengan baik, individu tidak perlu meluangkan banyak masa untuk memikirkan apa yang sesuai untuk dipakai,” kata Ranjitha Kumar, seorang penolong profesor di Jabatan Sains Komputer Universiti Illinois di Urbana-Champaign.

Dari kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) dan gadget-gadget sehingga fabrik pintar dan realiti maya, teknologi ini dibentuk untuk bukan sahaja menghasilkan inovasi dalam bagaimana individu berpakaian tetapi juga dalam membeli-belah.

AMAZON ECHO LOOK PERANTI POPULAR DALAM MEMILIH GAYA BERPAKAIAN

Contoh terbaik adalah Amazon Echo Look, yang mendapat sambutan hebat ketika alatan ini mula-mula diumumkan pada awal tahun 2017.

Alat  ini ($ 200) berfungsi sebagai pembantu gaya untuk membantu anda membuat keputusan dalam memilih pakaian.

Seperti speaker pintar Amazon yang lain, Echo Look boleh memberitahu anda keadaan cuaca atau memainkan muzik.

BAGAIMANA IA BERFUNGSI?

Namun produk berbentuk bujur ini juga mempunyai kamera yang boleh dikawal dengan suara untuk mengambil gambar anda ketika sedang memakai pelbagai jenis pakaian.

Antara ciri-cirinya adalah ia datang dengan sebuah app

Selepas menangkap beberapa gambar anda dalam dua set pakaian di hadapan alatan tersebut, Style Check Tool yang terbina di dalamnya menentukan set pakaian mana yang terbaik.

Penentuan ini bergantung pada gabungan teknologi mesin yang mampu belajar serta pendapat manusia.

‘Pakar fesyen’ Amazon melatih perisian alatan ini untuk menjadi penentu gaya dan fesyen terbaik.

Keputusan secara automatik ini mempertimbangkan “kesesuaian warna, gaya, musim dan trend semasa.”

Ia juga akan mencadangkan gaya yang sama yang boleh didapatkan dan dibeli dari pelbagai jenama.

Dengan menjalankan beberapa ujian, didapati bahawa cadangan yang diberi mungkin sesuai atau tidak sesuai.

Pemilihan jenamanya agak terhad, walaupun Echo Look dapat membantu anda membuat keputusan antara dua gaya, ia tidak mampu memahami gaya yang sebagaimana anda mahu dan anda mahu ke mana dengan pakaian tersebut “kata seorang penggaya peribadi dan pengarah kreatif, Taylor Okata.

PENERIMAAN PASARAN

Okata yang mana antara pelanggannya termasuk E! dan Majalah SELF, tidak menganggap teknologi tersebut sebagai ancaman terhadap kerjayanya, hal ini katanya kerana ” teknologi ini tidak mempunyai  sentuhan serta komunikasi secara peribadi tentang gaya seseorang.”

Sementara itu, pakar runcit berkata Echo Look hanya akan berjaya jika input yang diberikan tentang penggayaan adalah lebih baik daripada sekadar nasihat yang diberi daripada seorang kawan tentang fesyen.

Sucharita Mulpuru, seorang penganalisis di firma penyelidikan Forrester, berkata mereka yang membeli peranti itu adalah penerima awal teknologi tersebut – ia juga kekurangan ciri yang menarik

.”Bagi sesetengah individu, ia mungkin pengalaman yang sangat asing untuk bergantung pada peranti untuk memberitahu pakaian apa yang sesuai untuk dipakai,” katanya kepada CNN Tech.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker