Sukan

2018 Bakal Menyaksikan Pelbagai Kejohanan Sukan

Pada tahun hadapan, arena sukan Malaysia akan dipenuhi dengan pelbagai kejohanan seperti Sukan Komanwel pada bulan April dan Sukan Asian Jakarta-Palembang pada bulan Ogos.

Kita juga bakal menyaksikan kemunculan pertama Malaysia dalam Olimpik Musim Sejuk di PyeongChang, Korea Selatan pada bulan Februari ini.

Selain kejohanan sukan ini, terdapat juga Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina pada 6-18 Oktober.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar optimis bahawa kontinjen negara diketuai Presiden Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), Huang Ying How mampu meraih kejayaan lebih baik berbanding Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland.

Senarai akhir kontinjen ke temasya Sukan Komanwel yang dijadual berlangsung di Gold Coast, Australia pada April ini dijangka diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pemilihan, 8 dan 9 Januari nanti.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar berkata, mesyuarat jawatankuasa pemilihan selama dua hari itu juga akan membincangkan mengenai tapisan pertama atlet yang bakal mewakili negara ke Sukan Asia di Indonesia pada Ogos nanti.

Tarikh akhir untuk menyerahkan senarai akhir kontinjen (kepada penganjur) adalah sebulan sebelum temasya berlangsung dan ini bererti nama atlet perlu diserahkan  pada awal Mac.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker