Sukan

2017 Merupakan Tahun Terbaik Sukan Negara

Pada tahun ini Malaysia berjaya menyaksikan empat juara dunia menerusi beberapa atlet iaitu:

  1. Azizulhasni Awang dalam saingan berbasikal
  2. Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20)
  3. Abdul Latif Romly (lompat jauh T20)
  4. Cheong Jung Hoong (terjun).

[Baca lebih lanjut : Empat Juara Dalam Empat Bulan]

Malaysia juga telah menjadi hos kejohanan berprestij Asia Tenggara pada bulan Ogos yang lalu dengan pengakhiran yang manis apabila Malaysia muncul juara keseluruhan pada Sukan SEA kali ini.

Malaysia sah menamatkan saingan di Sukan SEA ke-29 dengan 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa bagi muncul juara keseluruhan.

Sebanyak 18 rekod Sukan SEA turut berjaya dipecahkan atlet negara menerusi memanah (lima), olahraga (empat), menembak (enam) dan renang (tiga) selain lapan rekod kebangsaan menerusi olahraga (enam) dan renang (satu).

Ia merupakan pencapaian terbaik negara dalam sejarah penyertaan di temasya dwitahunan itu.

[Baca lebih lanjut: 10 Catatan Gemilang Sukan SEA Yang Anda Perlu Tahu]

Pada awal bulan ini pula setelah 10 tahun, Malaysia muncul juara dunia sekali lagi dalam acara berpasukan wanita apabila skuad negara yang diketuai pemain berpengalaman, Shalin Zulkifli menewaskan Singapura dalam perlawanan akhir Kejohanan Boling Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Selain Shalin, skuad negara yang diwakili Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Natasha Roslan mengetepikan cabaran musuh ketat Singapura menerusi jatuhan pin 214-209 dan 188-177 pada final yang berlangsung di South Point Bowling Center.

Semoga prestasi sukan negara akan teruskan momentum yang positif ini dan mengharumkan nama negara sekali di mata dunia pada tahun 2018.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker