Gaya HidupPercutian

Pengalaman Unik Menanti Pengunjung Di Hotel Ais

Sebuah hotel yang dibina daripada ais, yang diberi nama yang sepadan dengan cirinya:  IceHotel, di Sweden telah dibuka semula untuk musim sejuk.

Menurut laman web Daily Mail, IceHotel mula-mula dibina pada tahun 1989.

HOTEL SENTIASA DIBINA SEMULA PADA SETIAP TAHUN

Sejak dari itu, ia telah dibina semula pada setiap tahun di Kampung Jukkasjarv yang terletak 200 km utara Lingkungan Artik serta berselahan pesisir Sungai Torne utara Sweden.

Hotel versi terbaru ini adalah  hotel ais versi ke-28.

Pada tahun ini, ahli kraf ais telah  menggunakan 30,000 meter padu salji dan ais serta 500 tan ais jernih  semulajadi untuk membina hartanah tersebut. Salji tersebut juga  telah digunakan membuat perabot seakan-akan kaca dan bar ais.

 BILIK DAN PERABUT, SEMUANYA DARI AIS

Ia juga menampilkan 35 suite deluxe yang setiap satunya mempunyai rekaan yang tersendiri, dewan yang diperbuat daripada ais dan taman permainan yang juga diperbuat daripada ais untuk kegunaan kanak-kanak.

Di dalam dewan utama pula terdapat sebuah candelier yang dibina menggunakan 1,000 kristal ais yang setiap satunya telah digilap dengan tangan.

Bertemakan floral, dewan aisnya pula mempunyai 200 bunga-bungaan yang diukir daripada ais dan salji yang menghiasi dinding-dinding dewan tersebut.

Pada tahun ini,  sejumlah 36 ahli kraf dari 17 negara telah dipilih untuk membina dan mereka hotel.

Ia telah dibuka pada 15 Disember yang lalu.

SETIAP BILIK  MEMPUNYAI TEMA REKAANNYA YANG TERSENDIRI

Antara ahli pasukan bagi tugas ini terdiri daripada dua pasukan British, yang kedua-duanya terlibat dalam pembinaan hotel ais bagi tahun lepas.

Pasangan pereka bentuk yang berpangkalan di Liverpool, Hugh dan Howard Miller telah mencipta sebuah suite bernama A Rich Seam di mana tetamu boleh memanjat formasi ais jernih.

Pengukir dari Dorset, Lisa Lindqvist telah mencipta satu lagi suite yang dikenali sebagai A Wandering Cloud.

Suite ini menampilkan awan besar yang diukir daripada ais yang tergantung dari siling, membuatkan kelihatan seolah-olah terdapat awan yang sebenar sedang terapung di atas sebuah katil beku.

Reka bentuk yang lain termasuklah telur Fabergé yang halus, sebuah bilik yang menampilkan ruang angkasa dan sebuah suite yang mendapat inspirasi daripada kisah pelarian yang sedang meninggalkan tanah kelahiran mereka untuk merentasi Laut Mediterranean.

PERCUTIAN PENUH AKTIVITI

Aktiviti yang ditawarkan di sana termasuklah yoga Artik, berjogging semasa musim sejuk, ski Nordic,  sauna Aufguss (di mana minyak pati dicampur dengan air untuk menghasilkan stim beraroma) dan bengkel tentang cara terbaik untuk bersenam dalam iklim Arktik.

Di samping itu, ia juga menawarkan peluang bagi pengunjung untuk menikmati 12 sajian utama di restorannya yang dihasilkan menggunakan hasil pertanian dan ternakan tempatan yang ada di sana.

Untuk tetamu kanak-kanak pula, terdapat sebuah taman salji yang kreatif  khas untuk kegunaan  mereka.

Di sini kanak-kanak boleh membuat snow angels, membina hotel ais mini dan mengukir apa sahaja yang mereka mahu di sebuah kubu salji khas.

Hotel ais  yang telah dilancarkan oleh Discover the World ini, dibuka sehingga Mac tahun depan.

Sepanjang musim sejuk ini, terdapat 10 penerbangan terus dari Heathrow ke Kiruna. Kiruna terletak berhampiran  dengan Kampung Jukkasjarvi, di mana  terletaknya  hotel ais yang mengagumkan ini

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker