Gaya HidupMakan & Minum

Burger Banjir Cheese Mesti Cuba

Sejak beberapa tahun lalu, banyak negara Asia tergila-gilakan cheese. Malaysia juga tidak ketinggalan dengan menggabungkan keju bersama beberapa makanan kegemaran kita dan antara yang terhasil adalah pisang goreng cheese, ayam goreng cheese dan maggie cheese.

Burger Nadim’s Delights di Jurong, Singapura telah mengambil langkah seterusnya dalam menghasilkan cheeseburger yang tiada tandingan.

Gambar oleh Nadim’s Delights

Burger banjir ini disaluti sos keju berlimpah-limpah yang pasti buatkan anda terliur.

Pemilik gerai Nadim’s Delights dikatakan mencipta menu ini khusus untuk pengemar keju di luar sana.

Memetik laporan World of Buzz, burger menggugat nafsu makan ini terdiri daripada dua pattie ayam disaluti tepung roti, sedikit sayuran, mayonis, cheese nacho dan akhir sekali dibanjirkan dengan keju cair.

Sajian ini didatangi bersama kentang goreng serta kacang panggang. Harga keseluruhannya adalah SGD7.50 (RM22.80) sahaja!

Mereka juga menawarkan pelbagai makanan ringan lain seperti cheese sticks, onion rings, nugget ayam dan juga makanan kegemaran rakyat Malaysia dan Singapura iaitu, satay!

Gambar oleh Nadim’s Delights

 

Malangnya, burger ini hanya terdapat di Singapura. Malaysia bila nak ada?

Video oleh Yahoo! Singapore

Alamat: Nadim’s Delights, 508 Jurong West Street 52, Singapore 640508

Waktu Operasi: 12pm-10pm setiap hari

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker