Teknologi

Pengunjung Ke Olimpik 2020 Akan Disambut Oleh Robot

Pengunjung ke Tokyo 2020 bakal disambut oleh robot-robot yang berkeliaran di lapangan terbang Haneda bagi memudahkan perjalanan serta membantu mereka.

Tujuh robot baharu telah dilancarkan untuk membantu melaksanakan pelbagai tugas, antaranya adalah mengangkut bagasi dan juga menterjemah bahasa.

Robot komunikasi “Robocot” oleh Japan’s Take Robot. Gambar dari AFP PHOTO / Kazuhiro NOGI.

Salah satu daripada tujuh robot yang diperkenalkan adalah maskot kucing yang menawarkan perkhidmatan terjemahan kepada empat bahasa. Pengunjung hanya perlu bercakap ke microphone dan terjemahan akan muncul pada skrin dengan serta-merta.

Pengunjung juga mungkin akan disambut oleh robot humanoid kecil berwarna putih yang bernama Cinnamon, dan ia akan bertanya jika mereka memerlukan pertolongan.

Robot putih ini akan berinteraksi bersama pengunjung melalui sistem AI dan tugasnya adalah untuk menunjukkan arah.

Sebuah robot lain akan membawa bagasi disisi pengunjung ke sekitar lapangan terbang.

Yutaka Kurotomi, seorang wakil dari Japan Airport Termincal Co. – yang menguruskan lapangan terbang Haneda – berharap menjelang 2020, pengunjung yang tiba di terminal lapangan terbang akan disambut oleh robot yang berkeliaran dan ia menjadi perkara biasa untuk melihat pengunjung berkomunikasi dengan robot.

Ia juga bertujuan memberi pengalaman mengagumkan buat pengunjung asing yang ingin menikmati teknologi canggih dari Jepun.

“Kami ingin pengunjung asing berpendapat bahawa orang-orang Jepun adalah ‘cool’,” kata Kuratomi.

Seperti yang dilaporkan AFP, pelancaran robot-robot ini juga dapat membantu masalah kekurangan pekerja disebabkan penduduk Jepun yang semakin berusia.

Lapangan Terbang Haneda melancarkan robot untuk membantu pekerja. Gambar dari AFP PHOTO / Kazuhiro NOGI.

Dengan Tokyo menjadi tuan rumah sukan Olimpik 2020, lapangan terbang Haneda sedang bersedia untuk menyambut ramai pengunjung dan berharap robot ini dapat menyelesaikan masalah kekurangan pekerja.

Percubaan robot ini akan berlangsung selama sebulan bermula dari 9 Januari di Haneda.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker