FesyenGaya Hidup

Tampil Lebih Yakin Dengan Altitude Lifehacks

Kedua-dua lelaki dan wanita mengamalkan pelbagai teknik untuk meningkatkan keyakinan diri mereka, sama ada dengan memakai mekap, mendapatkan potongan rambut terkini atau memakai pakaian baru.

Sebuah syarikat telah menghasilkan tapak kasut dalam (insole) khusus untuk lelaki bagi meningkatkan ketinggian mereka.

Menurut sebuah kajian, seseorang yang lebih rendah daripada rakan sebaya mereka berdepan dengan masalah keyakinan diri, lapor Independent.

Seorang penyelidik dari Princeton University di Amerika dan seorang sarjana bebas mngkaji hubung kait antara ketinggian dan keyakinan. Hasil kajian mereka menyimpulkan bahawa kedua-duanya amat berkait rapat.

“Orang yang lebih tinggi menghargai kehidupan mereka dengan lebih baik dan mereka lebih cenderung untuk melaporkan pelbagai emosi positif seperti keseronokan dan kebahagiaan. Mereka juga kurang melaporkan pengalaman negatif, seperti kesedihan, dan kesakitan fizikal,” tulis para penyelidik.

Dengan itu, Altitude Lifehacks memutuskan untuk mereka tapak kasut khas bagi lelaki untuk membantu meningkatkan keyakinan mereka melalui ketinggian ideal yang diidamkan.

LifeHacks adalah rangkaian pelbagai produk peningkatan diri, kosmetik dan dandanan dari syarikat Altitude yang membantu anda untuk tampil yakin tanpa mengira kekurangan diri.

Diperbuat daripada silikon, Altitude Insole dihasilkan dalam tiga ketinggian yang berbeza supaya anda boleh memilih sama ada anda ingin memilih peningkatan ketinggian 2cm, 3cm atau 5cm.

Ketinggian tapak yang boleh dilaras

James Silverstone, Ketua Pegawai Eksekutif Altitude Lifehacks, ingin mencipta produk yang boleh dipakai setiap hari oleh lelaki untuk memberi mereka keyakinan diri tanpa perlu mengubah gaya mereka.

“Kami adalah orang yang percaya kepada peningkatan diri secara tulen, tetapi kadang-kadang ia OK untuk menggunakan beberapa helah kecil!”, tulisnya.

“Sama ada kesihatan, kekayaan atau hubungan, kami sentiasa ada untuk pelanggan. Kami akan terus menghasilkan produk-produk  “lifehack” terkini yang terbaik untuk memberikan kelebihan kepada pelanggan yang mahu tampil yakin.”

Walaupun ketinggian seseorang telah terbukti mempunyai kesan terhadap keyakinan diri mereka, kajian lain berpendapat bahawa sebab di sebalik hubungan ini tidak pernah diketahui dengan jelas.

Jika anda mahu tampil lebih yakin dengan ketinggian anda, dapatkan tapak kasut daripada Altitude dengan harga promosi yang ditawarkan di Altitudelifehacks.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker