Events

Raikan Cuti Anda Di Publika!

Christmas at Publika

Tempat: Publika
Tarikh: 4 – 31 Disember
Masa: 10 pagi

Jika anda minat koir Krismas, carols, bazar, bengkel dan segalanya tentang Krismas, anda mesti datang dan bawa keluarga anda ke Publika untuk merayakan musim perayaan ini. Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang menanti anda.


A Place Where: Preloved is Reloved

Tempat: APW, Bangsar
Tarikh: 23 Disember
Masa: 12 malam – 9 malam

Edisi Krismas Preloved is Reloved menampilkan pelbagai vendor yang menjual pelbagai barangan terpakai, makanan artisanal, barangan rumah buatan tangan dan banyak lagi. Masih belum terlambat untuk membeli hadiah hari Natal tau! Mesti ada sesuatu yang menarik di sini untuk semua orang.


Malaysia’s First Zero Waste Fest

Tempat: Slate at The Row
Tarikh: 23 Disember
Masa: 10 pagi

Dianjurkan oleh Zero Waste MalaysiaSampah, Menyampah dan The Hive-Bulk Foods, pengasas  Global #ZeroWasteMovement, Bea Johnson akan mengadakan perbincangan, pameran mini, bengkel dan banyak lagi. Jadi, turunlah dan mengenali lebih lanjut tentang pergerakan ini.


Street Food Circus SG X Marina Bay Carnival 2017

Tempat: Marina Bay Carnival, Singapura
Tarikh: 24 Disember
Masa: 4 petang – 11 malam

Disember ini, Street Food Circus SG akan mengambil bahagian dalam Prudential Marina Bay Carnival 2017 iaitu Karnival terbesar Singapura di Marina Bay yang menawarkan lebih daripada 40 tunggangan dan permainan mesra keluarga! Jika anda melancong ke Singapura hujung minggu ini, singgah di sini dan nikamati semua makanan enak yang ditawarkan.

Show More

Related Articles

Back to top button