Isu SemasaTempatan

Guru Perlu Tegas Tapi Mesra Dalam Mendidik

Generasi muda hari ini, menurut New Straits Times terlalu taksub dalam mengikuti trend yang tidak sepatutnya mereka ikuti.

Sampaikan, trend-trend ini mempengaruhi cara mereka berfikir, bercakap, menulis dan berpakaian. Sehinggakan pemikiran dan tindakan mereka kadang-kala boleh mengejutkan kita.

Mungkin menarik untuk menerokai kepelbagaian perwatakan golongan muda ini, namun merupakan sebuah cabaran yang tersendiri untuk menguruskan mereka.

Jadi, adalah penting bagi para guru untuk melengkapkan diri mereka dalam tempoh yang singkat ini, sebelum bermulanya sesi akademik baru pada tahun 2018 dengan pelbagai strategi dan kemahiran yang berkesan untuk menyediakan diri dalam menghadapi pengalaman yang penuh pahit manis ini.

GURU PERLU MEMBIARKAN MURID BERDIKARI

Oleh kerana mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan merupakan tumpuan utama pelbagai pihak, gaya pengajaran seperti pengulangan, hafalan dan latih tubi merupakan antara kaedah popular yang diterapkan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Namun begitu, buat masa kini, pelajar diharapkan  individu yang kreatif, inovatif dan berimaginasi tinggi pula. Hal ini diharap dapat dicapai menerusi penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, program-program sekolah serta pertandingan yang diadakan pihak sekolah.

Jadi ada masanya para guru perlu melepaskan murid supaya mereka boleh belajar dengan sendiri dalam membuat keputusan yang sesuai dan betul.

GURU PERLU MEMILIH GAYA MENGAJAR YANG SESUAI

Setiap sesi pelajaran mempunyai kekuatan dan kelemahannya; seronok apabila terdapat pelajar yang bersemangat serta minat mengambil bahagian secara aktif di dalam kelas, namun murid yang tidak berkerjasama, mengganggu dan kurang minat belajar mungkin menyukarkan sesi pembelajaran berjalan untuk dengan lancar,  seterusnya boleh menyebabkan pelajar lain terganggu.

Merupakan satu cabaran yang besar untuk memastikan proses pembelajaran berjaya berlaku dan memastikan pelajar berkelakuan baik, terutamanya apabila ia melibatkan kelas yang mempunyai pelajar yang tidak bersemangat, lemah dan bermasalah. Oleh itu, adalah disarankan agar para guru menyediakan rancangan alternatif untuk menyelesaikan masalah ini.

Antara yang boleh dilakukan adalah, buat beberapa minggu pertama tahun ini, menjalankan sesi pengajaran menggunakan beberapa kaedah pengajaran yang berbeza. Ia mungkin dapat membantu guru mempelajari keperibadian dan gaya belajar murid-murid yang berbeza-beza.

Strategi ini boleh membantu guru untuk merancang dengan lebih baik sesi pengajaran dan pembelajaran di masa hadapan untuk memastikan pelajar sentiasa tertarik dan bersemangat ketika sedang belajar.

GURU PERLU BIJAK MENELITI TINGKAH LAKU PELAJAR

Setiap pelajar berkongsi ciri yang sama. Mereka semua ingin mendapatkan perhatian, didengar dan dihargai.

Walaupun sesetengah pelajar mungkin akan bertanya atau menjawab soalan untuk mendapatkan perhatian, sesetengah pelajar lain pula mungkin memilih untuk berbuat masalah.

Mudah untuk terus membuat kesimpulan dan memutuskan pelajar mana yang minat untuk belajar dan yang mana yang tidak berminat untuk belajar, tetapi guru perlu bijak dalam meneliti tingkah laku pelajar mereka sebelum memikirkan jalan penyelesaian yang sepatutnya diambil.

GURU SEBAGAI TEMPAT MENGADU

Diketahui umum, para pelajar datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Tingkah laku dan sikap murid  adalah dipengaruhi persekitaran mereka dan cara mereka dibesarkan.

Kawalan diri yang rendah dan pengaruh rakan sebaya membuat murid mengambil tindakan yang salah untuk memenuhi rasa ingin tahu, memuaskan kehendak serta melegakan tekanan mereka.

Hal ini seterusnya menyebabkan kejadian buli, merokok, penyalahgunaan dadah serta berbagai-bagai lagi masalah lain.

Masalah dispilin mungkin sesuatu yang tidak dapat dielakkan, tetapi guru boleh meredakan keadaan dengan mengadakan perbualan atara guru dan murid untuk membina hubungan yang erat dengan pelajar.

Semua orang ingin seseorang yang mereka boleh percaya untuk mendengar dan membantu menyelesaikan masalah mereka, jadi langkah ini boleh membantu pelajar yang bermasalah meluahkan perasaan mereka, merenung diri dan berubah.

Kesimpulannya, pelajar memerlukan guru yang tegas, mesra dan berwawasan untuk menyelamatkan pelajar daripada sikap negatif dan membantu mereka membina identiti diri yang baik.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker