Bisnes & Ekonomi

5 Cara Mudah Buat Duit Ketika Krismas

Krismas memberi makna yang berbeza kepada setiap orang. Untuk kanak-kanak, ini adalah peluang yang tepat untuk meminta hadiah daripada ibu bapa. Bagi sesetengah orang, ini adalah masa untuk berkumpul dengan rakan dan keluarga.

Dan bagi anda yang pandai mencari peluang, musim perayaan Krismas boleh menjadi masa yang baik untuk membuat duit. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menjadikan musim ini sebagai musim menambah pendapatan.

1. Dapatkan kerja sementara

Bagi peruncit, penganjur acara dan perniagaan makanan, cuti akhir tahun adalah masa yang penting untuk membuat jualan. Peniaga memerlukan lebih banyak juruwang untuk menguruskan daftar tunai mereka, pekerja untuk membungkus hadiah dan pekerja untuk mengawasi gerai-gerai mereka.

Itulah sebabnya terdapat lonjakan jumlah bilangan pekerjaan sementara di pameran bergerak dan kedai runcit semasa musim Krismas. Kesibukan ini biasanya berjalan sehingga akhir bulan Disember, dan boleh menjadi peluang yang baik untuk pelajar mencari wang semasa cuti.

2. Sewa rumah anda di Airbnb

Jika anda merancang untuk melancong atau pulang ke kampung pada akhir tahun, sewakan tempat tinggal anda di Airbnb. Dapatkan bantuan ahli keluarga atau rakan untuk menyerahkan kunci kepada tetamu anda. Atau anda boleh mengupah mereka untuk membersihkan rumah anda jika terdapat beberapa tetamu berlainan yang mendaftar masuk dan keluar.

3. Jadi pemandu Grab atau Uber       

Tidak ada rancangan untuk bercuti? Walaupun anda bukan seorang pemandu Grab atau Pemandu Uber biasa, anda mungkin mahu mencubanya semasa musim Krismas kerana harga perkhidmatan ini dijangka melambung tinggi ketika Krismas dan sambutan Tahun Baru.

Oleh itu daftarkan diri anda sebagai pemandu Grab atau Uber terlebih dahulu dan jika anda tidak mempunyai kereta, anda masih boleh melakukannya dengan meminjam dari ibu bapa, keluarga atau sahabat anda.

4. Gunakan bakat anda

Dalam acara utama Krismas dan Tahun Baru, pusat membeli-belah dan kedai makanan memerlukan penghibur yang boleh menjadi pengacara atau membuat persembahan. Sekiranya anda mempunyai kemahiran menyanyi, menari atau mengacara, ini adalah masa yang tepat untuk merebut peluang dengan menggunakan bakat yang ada.

Pemuzik yang sudah biasa melakukan persembahan pula boleh cuba menghubungi tempat secara langsung untuk melihat jika ada slot kosong yang tersedia.

5. Menjaga haiwan peliharaan

Kebanyakan orang akan pulang ke kampung atau bercuti ketika musim perayaan Krismas. Itu bermakna ramai yang akan meninggalkan haiwan kesayangan mereka dan memerlukan seseorang untuk menjaganya.

Gunakan peluang ini untuk memulakan kerjaya sebagai pengasuh haiwan peliharaan. Anda boleh memilih sama ada untuk melawat rumah pelanggan anda untuk memberi haiwan itu makan dan bersiar-siar, atau menjaga haiwan mereka di rumah anda sendiri.

 

Sumber: Asiaone

Show More

Related Articles

Back to top button