Sukan

Bajet Sukan Olimpik Tokyo 2020 Dipotong

Penganjur sukan Olimpik Tokyo 2020 mendedahkan bajet sebanyak AS$ 12.6 bilion (RM 51.51 bilion) telah diperuntukkan bagi sukan Olimpik Musim Panas akan datang. Walau bagaimanapun jumlah itu adalah AS$300 juta lebih rendah daripada anggaran yang diberikan pada awal tahun ini.

Mereka juga bercadang untuk membuat beberapa lagi potongan bagi mengurangkan beban yang diletakkan ke atas pembayar cukai di Jepun.

https://stillmed.olympic.org/media/Images/OlympicOrg/News/2017/06/28/2017-08-28-tokyo2020-thumbnail.jpg

Pihak penganjur sukan itu telah berusaha untuk mengurangkan kos setelah kajian yang dilakukan pada tahun lepas mendapati kos perbelanjaan boleh mengembang sehingga empat kali ganda daripada anggaran asal yang diletakkan ketika proses membida hak penganjuran.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggalakan Tokyo untuk menjadi contoh yang baik dengan mengurangkan kos penganjuran bagi menggalakkan lebih banyak bandar berminat untuk menjadi penganjur.

“Kami mahu menganjurkan Sukan (Olimpik) yang terbaik tetapi pada masa yang sama…kami tidak mahu menggunakan wang kerajaan jika boleh,” kata Hidemasa Nakamura, ketua pegawai kewangan Tokyo 2020.

AS$ 5.6 bilion (RM 22.8 bilion) daripada peruntukkan keseluruhan sukan itu datang daripada kerajaan Metropolitan Tokyo, sementara AS$ 1.4 bilion (RM 5.72 bilion) lagi datang daripada kerajaan pusat Jepun, berdasarkan  sasaran pihak penganjur.

“Kami masih lagi melihat kepada semua aspek Sukan ini, dengan tujuan untuk mengurangkan kos keseluruhan. Sementara itu kami memerlukan penjelasan yang jelas serta menarik, bukan sahaja untuk penduduk Tokyo, tetapi juga untuk semua rakyat Jepun,” kata Tetsushi Koyama, seorang pegawai dari kerajaan Metropolitan Tokyo di satu sidang media.

http://static1.businessinsider.com/image/59316c3b79474c462f8b4d4f/the-cost-of-the-tokyo-2020-olympics-has-already-nearly-doubled-to-126-billion.jpg

Versi pertama kepada bajet itu, dikeluarkan pada bulan Disember tahun lepas, dianggarkan pada AS$ 14 bilion (RM 57.23 bilion). Versi ketiga dijangka akan dikeluarkan pada bulan Disember 2018.

Naib presiden IOC, John Coates berkata pada awal bulan ini bahawa beliau yakin banyak penjimatan yang boleh dicapai sebelum Sukan itu bermula. Namun pada masa yang sama beliau turut mengingatkan pihak penganjur supaya sentiasa berhati-hati.

Nakamura sementara itu berkata beliau mahukan satu rancangan yang akan membuatkan Coates untuk berkata: “Anda telah melakukan kerja yang bagus.”

“Saya berasa bajet ini perlu dipotong lagi untuk versi ketiga, dan seterusnya pada versi keempat,” kata Nakamura

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker