AntarabangsaTeknologi

A.I. Mencipta Kaedah Pembelajaran Tersendiri Untuk Pelajar

Di China, ibu bapa masih mempercayai kemasukan anak-anak mereka ke universiti terkemuka mampu membuka pintu kejayaan.

Jadi mereka akan melakukan sedaya upaya untuk mempersiapkan anak-anak mereka menduduki peperiksaan kemasukan universiti yang diadakan setiap tahun.

Dikenali sebagai Gaokao dalam Bahasa Mandarin, peperiksaan tersebut dijalankan selama beberapa hari setiap Jun dan menyoal pelajar tentang pelbagai mata pelajaran termasuk Bahasa Mandarin, matematik, sains, dan bahasa asing.

Markah keselurujan, sama seperti Grade Point Average (GPA), digunakan untuk menentukan kedudukan dan universiti untuk setiap pelajar.

Universiti terkemuka seperti Universiti Tsinghua dan Peking, sama seperti Harvard dan Yale di Amerika Syarikat (AS), menerima pelajar yang mempunyai GPA tertinggi.

Menggunakan guru robot untuk mengajar

Pengasas bersama Yixue Education berkata guru robot mengetahui kelemahan pelajar “lebih baik daripada mereka memahami diri mereka sendiri”

Menurut laporan SCMP, dalam sebuah pertandingan di antara perisian kecerdasan buatan (AI) Yixue Education dan guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar sekitar 17 tahun, guru robot dapat memperbaiki markah ujian lebih daripada guru manusia.

Pertandingan itu, yang melibatkan 78 pelajar, dijalankan pada bulan Oktober di Zhengzhou, wilayah Henan, di bawah penyeliaan biro pendidikan tempatan dan dipantau oleh firma analisis Internet, iResearch.

“Pembelajaran secara tradisional di dalam kelas sangat rendah dari segi kecekapan kerana kelemahan setiap pelajar adalah berbeza,” kata Li, yang merupakan salah satu daripada empat pengasas bersama Yixue yang berpusat di Shanghai.

“Ramai pelajar membuang masa mempelajari ilmu yang sudah dikuasai berulang kali, disebabkan guru ingin menumpukan perhatian kepada pelajar yang masih tidak faham. Tetapi walaupun begitu, pelajar lemah masih boleh ketinggalan kerana guru mungkin tidak boleh meluangkan masa yang secukupnya untuk membantu mereka.”

Menurut Li, kaedah pembelajaran Yixua menggunakan AI untuk mengenal pasti kelemahan pelajar dan kemudiannya mengukuhkan pengetahuan mereka dalam bidang tersebut.

Setakat ini perisian pembelajaran ini ditujukan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, dan syarikat Yixua merancang untuk memperkenalkan kursus untuk pelajar yang mengambil peperiksaan Gaokao tahun depan.

Setelah empat hari menjalani latihan intensif, pelajar yang menggunakan perisian Yixue menampakkan markah purata untuk matematik meningkat kepada 36.13 mata.

Perancangan seterusnya untuk Yixue adalah untuk meluaskan penggunaan perisian mereka kepada Hong Kong dan Taiwan, diikuti Asia Tenggara dan akhirnya ke Eropah dan AS.

Ujar Li, perisian ini boleh disesuaikan untuk pelajar di seluruh dunia tanpa mengira bahasa.

Yixue juga baru-baru ini dalam perbincangan dengan firma Hanson Robotics, pencipta robot humanoid Sophia, untuk mencipta droid manusia yang boleh berinteraksi dengan pelajar dalam suasana kelas, kata Li.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button