Sukan

Siapa Pengambil Sepakan Percuma Terbaik England?

Sepakan percuma pada masa yang sama boleh menjadi satu sepakan yang sangat cantik, serta gol paling mengejutkan untuk dibolosi. Kedua-duanya dapat kita lihat apabila Marcos Alonso menyempurnakan sepakan percumanya dan membantu Chelsea untuk menang ke atas Southampon dengan 1 gol tanpa balas.

Tetapi di manakah sepakan itu terletak diantara pakar-pakar sepakan percuma di Liga Perdana Inggeris?

Di sini kami senaraikan 10 pengambil sepakan percuma terbaik Liga:

10. Wayne Rooney

Beliau menjaringkan 7 gol yang hadir daripada sepakan percuma daripada 475 perlawanan. Golnya yang ke 250 untuk Manchester United hadir daripada sepakan percuma pada minit ke 94, di mana beliau menyelamatkan Manchester United untuk berkongsi mata dengan Stoke City.

9. David Luiz

Pemain pertahanan Chelsea, David Luiz tidak selalu mendapat peluang ini, tetapi bila peluang itu datang, ia pasti menjadi bualan ramai selepas itu. Pemain dari Brazil itu dilihat gemar meledakan sepakan percumanya dengan penuh kuasa, membuatkan penjaga gol lawan terkesima dan tidak sempat untuk bertindak. Tidak ramai yang boleh buat seperti yang David Luiz lakukan, menjadikan setiap sepakan percumanya dilihat sangat istimewa.

8. Kevin De Bruyne

Keupayaan bintang Manchester City ini masih belum terbukti jika dilihat dari sudut sepakan percuma kerana peluang yang terbatas, di mana beliau menjaringkan 2 sepakan percuma dengan 82 kemunculan bersama kelab itu, sambil menyumbat satu gol cantik menentang Barcelona tahun lepas ketika saingan Liga Juara-Juara.

7. Marcos Alonso

Berikutan gol dari sepakan percumanya, pengurus the Blues, Antonio Conte menyifatkan Alonso sebagai “pakar” dalam sepakan percuma. Pemain dari Sepanyol itu telah menyumbat 3 gol menerusi sepakan percuma dengan hanya 74 kemunculan, termasuk 2 gol pada musim ini.

6. Juan Mata

Pada suatu masa dahulu, Juan Mata dikategorikan sebagai pengambil sepakan percuma paling efektif di dunia, tetapi beliau dilihat sudah memperlahankan rentaknya. Beliau telah menyumbatkan 5 gol ketika bersama United dengan 163 perlawanan. Tetapi sejak 2 musim ini Juan Mata masih belum mendapatkan sebarang gol melalui sepakan percuma.

Ketika bermain bersama Chelsea, beliau menjaringka 2 gol sepakan percuma dengan 132 perlawanan.

5. Alexis Sanchez

Dengan 6 gol menerusi sepakan percuma dengan 160 perlawanan bersama Arsenal, pemain dari Chile ini adalah diantara pengambil sepakan percuma paling efektif di England. Beliau mempunyai cara yang unik untuk mengambilnya juga, menyepak bola itu betul-betul di tengah, sambil menambah putaran ke bawah pada sepakannya itu. Tetapi sepakan terbaiknya hadir ketika menentang Everton, di mana beliau melepaskan bolanya di celah kangkang Ashley Williams.

4. Philippe Coutinho

“Ahli silap mata kecil” Liverpool ini juga sangat hebat ketika mengambil sepakan percuma, dengan 7 gol sepakan percuma dengan 197 perlawanan. Beliau dilihat gemar menjaringkan gol itu dari jarak sederhana atau jauh, merembat bola itu dengan pantas, serta ditambah dengan lencongan dari arah luar. ia amat sukar untuk dilaksanakan, tetapi kebolehan Coutinho untuk membuatkan bola itu menurut arahannya menjadikan terjahan bola itu sangat sukar untuk dihalang.

3. Willian

Ketika zaman suram Chelsea dahulu, yang kini dilihat seperti sudah berlalu, Willian muncul sebagai satu sinar harapan, sebahagian besarnya kerana kebolehannya menjaringkan gol dari sepakan percuma ketika rakan sepasukannya dilihat tidak mampu untuk menghasilkan sebarang gol. Beliau menjaringkan 9 gol daripada sepakan percuma sejak permulaan musim 2015-16, sehingga beliau diminta beberapa kali untuk mengajar rakan-rakannya yang lain bagaimana untuk melakunkannya.

2. Gylfi Sigurdsson

Pemain dari Iceland ini telah menjaringkan gol sepakan percuma sejak dahulu lagi. Dengan 15 gol di dalam semua perlawanan. Di Swansea, Sigurdsson menjaringkan gol dari sepakan jarak jauh sehingga sepakan lencong. Golnya yang terbaru hadir ketika menentang Manchester United, menewaskan David De Gea yang langsung tidak mampu untuk berbuat apa-apa, sesuatu yang hanya segelintir mampu buat.

1. Christian Eriksen

Bintang Tottenham ini menjaringkan satu gol sepakan percuma bagi setiap 22 perlawanan, dengan 9 gol daripada 202 perlawanan di semua pertandingan. Rahsia kejayaannya? Eriksen mampu untuk menjaringkan gol sepakan percuma dengan pelbagai cara. Samada dari jarak dekat mahupun jauh, pemain dari Denmark itu mampu meletakkan sepakannya begitu hampir dengan tiang-tiang gol lawan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button