AntarabangsaIsu SemasaTeknologi

Delete Institue Merawat Ketagihan Digital

Nomophobia, yang berasal daripada istilah “no-mobile-phone phobia” (fobia tiada telefon bimbit), adalah keadaan yang memberi kesan kepada psikologi, sosial dan fizikal.

Keadaan ini sedang meningkat di Brazil yang mempunyai pengguna Internet keempat terbesar di dunia.

Bagi menangani masalah ini, mereka yang mengalami nomophobia menjalani rawatan di Delete Institute, iaitu institut pertama di Brazil untuk menawarkan detoks digital percuma kepada penagih Internet.

Menurut laporan AFP, institut ini ditubuhkan oleh ahli psikologi Anna Lucia King di bawah jabatan psikologi Federal University di Rio de Janeiro pada tahun 2013.

Sehingga kini, Delete telah merawat 800 orang yang mengalami pelbagai jenis kebergantungan kepada teknologi digital.

Profil setiap penagih adalah berbeza, daripada remaja yang menghabiskan berjam-jam bermain permainan video hingga ke dewasa yang telah bercerai akibat terlalu ketagih atau mereka yang dipecat kerana menghabiskan terlalu banyak masa melayari Facebook atau Whatsapp.

Langkah-langkah untuk pesakit baharu

Terdapat tiga langkah yang perlu diambil oleh setiap pesakit yang baharu didaftar.

Pertama sekali mereka harus menjalani penilaian oleh kumpulan pelbagai disiplin dan menjawab soalan untuk menentukan punca mereka bergantung kepada teknologi digital.

Kemudiannya, ahli psikologi menilai sama ada terdapat apa-apa jenis gangguan klinikal, seperti kerisauan, serangan panik, fobia sosial atau gangguan obsesif kompulsif.

Akhir sekali mereka akan diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu  pengguna yang mengikut hati (conscientious user), pengguna keterlaluan (abusive user) atau pengguna yang terlalu bergantung (dependent user) dan diberi sesi rawatan yang sesuai untuk setiap individu serta mengikut keberatan kes tersebut.

Mengamalkan penggunaan teknologi yang sihat

Tujuan rawatan bukan untuk memburukkan teknologi tetapi untuk membenarkan penagih menggunakannya dengan cara yang lebih sihat.

Dalam sesi kumpulan mingguan, mereka membincangkan pengalaman mereka. Mereka juga diberi latihan seperti membaca buku atau menonton filem tanpa melihat telefon bimbit serta diajar amalan baik, yang dikenali sebagai etiket digital.

Sesetengah gangguan mungkin perlu dirawat menggunakan rawatan perubatan.

Selain mengakibatkan masalah emosi, nomophobia boleh membawa masalah fizikal kepada seorang penagih.

Fisioterapi institut tersebut, Mariana King Padua menerangkan bahawa penggunaan telefon bimbit yang keterlaluan dan kedudukan kepala pengguna apabila melihat skrin boleh menyebabkan tekanan kepada leher sehingga menyebabkan kecederaan.

“Tingkah laku keterlaluan berlaku apabila dunia maya mula mempengaruhi dunia realiti, itulah apabila mereka hilang kawalan. Ia adalah garisan halus,” kata Eduardo Guedes, penyelidik khusus media digital di Delete.

Keleluasaan teknologi dalam talian dan penembusan Internet ke dalam kehidupan moden harian boleh membutakan orang ramai kepada ketagihan mereka sendiri.

Kebanyakannya, orang-orang di sekeliling seorang penagih yang mencarikan pertolongan buat mereka.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close