Bisnes & Ekonomi

5 Jenis Mata Wang Kripto Utama di Pasaran

Anda pasti mengetahui tentang kenaikan nilai bitcoin pada tahun ini. Dan anda juga mungkin pernah membaca tentang mata wang kripto lain, seperti litecoin dan Ethereum yang juga turut melonjak.

Tetapi terdapat lebih daripada 1,300 mata wang kripto yang wujud. Dan sementara bitcoin menguasai pasaran, beberapa mata wang digital lain turut meningkat. Di sini, kami senaraikan 5 jenis mata wang kripto utama yang sedang melonjak di pasaran.

1. BITCOIN         

Bitcoin yang dicipta pada tahun 2009, adalah mata wang kripto yang paling bernilai tinggi. Menurut pengasas misteri bitcoin, Satoshi Nakamoto, bitcoin adalah “versi elektronik tunai yang akan membolehkan pembayaran dalam talian dihantar terus dari satu pihak ke pihak lain tanpa melalui institusi kewangan.”

Bitcoin menggunakan kawalan ternyahpusat berbanding dengan wang elektronik/sistem perbankan berpusat. Kawalan ternyahpusat adalah berkaitan dengan penggunaan pangkalan data transaksi rantaian blok (blockchain) Bitcoin yang berperanan sebagai lejar teredar.

Walaupun Nakamoto merujuk bitcoin sebagai wang tunai elektronik, ramai pakar telah menganggapnya sebagai “emas digital” dan mengatakan ia boleh menjadi aset jangka panjang.

2. ETHEREUM                                                           

Ethereum adalah nama syarikat blockchain yang menghasilkan token digital, ether. Tetapi Ethereum dan ether kini digunakan secara bergantian untuk merujuk kepada mata wang kripto ini.

Ether disokong oleh blockchain, seperti bitcoin, tetapi teknologi sedikit berbeza dan bertujuan untuk satu kegunaan sahaja iaitu kontrak pintar.

Sebagai contoh, situasi ketika mengambil tawaran perdagangan kewangan. Ini bergantung kepada setiap pihak dalam perjanjian yang perlu mempunyai kertas atau salinan digital kontrak dan perlu mengemaskini secara individu. Ia sukar dan terdedah kepada kesilapan.

Tetapi kontrak pintar adalah sesuatu yang ditulis dalam kod ke dalam blokchain. Sebaik sahaja syarat-syarat kontrak dipenuhi oleh setiap pihak, perjanjian akan dilaksanakan.

Mata wang Ether diperlukan oleh pemaju yang ingin mencipta aplikasi di blokchain Ethereum dan oleh pengguna yang mahukan akses untuk berinteraksi dengan kontrak pintar di platform tersebut.

3. BITCOIN TUNAI

.

Bitcoin tunai dicipta pada awal tahun ini selepas perpecahan bitcoin atau dikenali sebagai “hard fork” di mana berlaku perubahan radikal dalam blockchain yang membuatkan urusniaga tidak sah.

Mereka yang memiliki bitcoin pada masa itu menerima token bitcoin tunai secara percuma. Bitcoin tunai, walau bagaimanapun tidak begitu dramatik seperti mata wang kripto lain.

Ramai pemaju prihatin tentang masa urusniaga yang tinggi pada rangkaian bitcoin. Akibatnya, mereka mencadangkan penyelesaian yang akan meningkatkan saiz setiap transaksi dan dengan itu meningkatkan kelajuan.

Tetapi tidak semua orang bersetuju dengan cadangan itu. Kumpulan bitcoin tunai mengatakan masa urus niaga mata wang ini lebih cepat daripada bitcoin asal.

4. RIPPLE                                                                                                                  

Ripple digunakan sebagai penyelesaian pembayaran rentas sempadan untuk institusi kewangan besar berdasarkan teknologi blockchain.

Mata wang digital Ripple, dikenali sebagai XRP, boleh digunakan oleh perusahaan untuk mendapatkan mudah tunai segera yang diperlukan dalam urus niaga bernilai tinggi, tanpa perlu membayar yuran.

XRP bertindak sebagai jambatan antara mata wang biasa semasa transaksi. Urus niaga di XRP boleh diselesaikan dalam masa empat saat, lebih cepat daripada apa-apa bentuk mata wang kripto utama sekarang.

5. LITECOIN

Litecoin mungkin saingan paling dekat bitcoin dari segi kes penggunaan. Pengasasnya, Charlie Lee berkata mata wang kripto ini boleh digunakan untuk bayaran kerana ia lebih cepat daripada bitcoin.

Urus niaga Litecoin mengambil masa lebih kurang dua minit untuk dilalui, berbanding dengan purata sekitar 300 minit untuk bitcoin.

Terdapat bekalan terhad 84 juta litecoin, berbanding 21 juta bitcoin. Pada masa ini, 54,293,533 litecoin dan 16,740,175 bitcoin sedang dalam edaran.

Litecoin sangat mirip dengan bitcoin kecuali ia mempunyai empat kali lebih banyak syiling. Ia juga empat kali lebih cepat. Litecoin disasarkan lebih kepada pembayaran, urus niaga yang lebih cepat dan bayaran yang lebih rendah.

 

Sumber: Asiaone

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker