HiburanWayang

Star Wars: The Last Jedi – Terhebat Sejak The Empire Strikes Back

Star Wars: The Last Jedi merupakan sebuah filem wajib tonton menutup tahun 2017 ini.

Bagi peminat francais ini, pasti hendak tahu apakah yang terjadi selepas Episod 7, The Force Awakens.

Filem ini diarah dan ditulis oleh Rian Johnson selepas J. J. Abrams meneraju filem sebelumnya pada 2015 lalu.

Plot cerita ini disambung sejurus episod 7, di mana Rey (Daisy Ridley) meneruskan usahanya memujuk Luke Skywalker (Mark Hamill), Jedi lagenda untuk kembali menyertai Resistance untuk menghalang First Order untuk terus berkuasa di dalam galaksi.

Rey (Daisy Ridley). Sumber imej – IMDB
Kylo Ren @ Ben Solo (Adam Driver). Sumber imej IMDB

Dalam masa yang sama, Sith dari First Order Kylo Ren (Adam Driver) bergelut dalam dirinya samada menjadi penakluk terulung atau kembali menyertai kuasa baik.

Filem ini turut menceritakan kisah Finn (John Boyega), Poe (Oscar Isaac) dan Rose Tico (Kelly Marie Tran) dalam usaha membantu kapal Resistance yang diketuai Jeneral Leia Organa (Carrie Fisher) untuk melarikan diri dari serangan armada First Order.

The Last Jedi menunjukkan sisi sebenar beberapa watak seperti Luke, Rey, dan termasuk Kylo Ren (Ben Solo) seperti keinginan dan ketakutan yang mereka alami selama ini.

Jeneral Leia Organa (Carrie Fisher). Sumber imej IMDB

Filem ini juga merupakan filem terakhir mendiang Carrie Fisher sebagai Jeneral Leia setelah beliau meninggal dunia Disember 2016.

Tayangan perdana filem ini telah diadakan di Los Angeles pada 9 Disember lepas, dan menerima review yang sangat positif dari pengkritik.

Para pelakon SW:TLS bersama Jimmy Kimmel. Sumber imej Jimmy Kimmel’s

Rata-rata memuji keseluruhan kerja produksi dari pelakon, plot filem, kesan khas, babak aksi, skor muzik malah emosi yang ditonjolkan dalam The Last Jedi ini.

Ada juga pengkritik memuji filem ini dan menyatakan ia adalah filem Star Wars terbaik sejak Episod 5: The Empire Strikes Back.

Sedikit spoiler, bagi admin, 40 minit terakhir merupakan babak terhebat di mana kita dapat saksikan kehebatan Luke Skywalker sebagai Jedi lagenda yang datang membantu Resistance.

Star Wars: The Last Jedi kini sudah mula ditayangkan di Malaysia bermula 14 Disember 2017.

Show More

Related Articles

Back to top button