Gaya HidupMakan & Minum

‘After You’ Bawa Menu Klasik Mereka Ke KL

After You Dessert Cafe mula ditubuhkan 10 tahun yang lalu di Thailand oleh Gulapat Kanokwatanawan serta Maetup T. Suwan dan telah menerima sambutan yang sangat luar biasa.

Kafe ini berjaya memikat hati semua pengemar pencuci mulut dengan menu klasiknya iaitu Shibuya Honey Toast sehinggakan ramai yang sanggup berbaris untuk menikmatinya.

Kejayaan mereka telah membawa kepada pembukaan beberapa cawangan di sekitar Bangkok.

Tetapi hanya tahun ini, Andrew Yap, pengarah urusan BookXcess Sdn Bhd, syarikat yang menjalankan pesta buku Big Bad Wolf mengetahui tentang hidangan manis kafe ini dan akhirnya, beliau juga jatuh cinta.

Pertemuan antara pemilik kafe dan Andrew Yap telah membawa kepada pembukaan sebuah kedai pop-up di pesta Big Bad Wolf yang menawarkan tujuh hidangan daripada menu klasik mereka.

Dari 8 hingga 18 Disember, kafe ini akan membuat penampilan di pesta buku Big Bad Wolf di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC).

Walaupun pesta buku ini dibuka 24 jam, After You akan hanya beroperasi dari jam 12 petang hingga 1 pagi setiap hari.

Hidangan juga terhad kepada 1,000 sehari kerana kafe itu “hanya menggunakan bahan-bahan yang dihantar dari Thailand untuk mengekalkan standard kualiti seperti yang dikatakan di negara asal mereka”, menurut kenyataan daripada kafe itu.

Menu ini terdiri daripada roti bakar dan kakigori yang paling popular di kafe itu, iaitu:

Roti Bakar
Shibuya Honey Toast (RM27)
Nutella Toast (RM29)
Toast Cream Strawberry (RM34)

Kakigori
Thai Tea Kakigori (RM34)
Milo Kakigori (RM32)
Strawberry Kakigori (RM38)

Durian potong juga akan ditawarkan dengan harga RM12 setiap satu.

Daripada senarai yang ditawarkan, Shibuya Honey Toast harus dicuba. Ia merupakan roti bakar bersama mentega, aiskrim, krim putar dan madu. Tetapi gambaran itu tidak melakukan keadilan kepada rasa sebenarnya yang rangup di luar dan lembut di dalam serta mentega dan madu yang sempurna dikombinasikan bersama aiskrim.

Manakala dari menu kakigori pula, Thai Tea Kakigori mesti cuba! Terdapat jelly dan roti yang tersorok di dalam menara ais dan perisa teh yang meningkatkan lagi kesedapan.

Jadi sambil membeli buku anda boleh singgah di sini dan menikmati hidangan yang berjaya menambat hati penduduk Bangkok.

Gambar oleh Here Pao / Burpple
Gambar oleh Melissa Chew / Burpple
Gambar oleh Instagram @eatwithchubby
Gambar oleh Instagram @sugarzabb
Show More

Related Articles

Back to top button