AntarabangsaIsu Semasa

Kim Jong-un Memiliki Kuasa Mistik?!

Baru-baru ini, agensi berita Korea Utara, KCNA melaporkan bahawa pemimpin rejim itu, Kim Jong-un mempunyai kuasa untuk mengawal cuaca mengikut kehendaknya.

Kuasa atau ‘superpower’ diktator itu mula dilaporkan selepas gambar Jong-un diambil ketika beliau berada di puncak gunung berapi aktif setinggi 9,000 kaki di sempadan negara tersebut dengan China.

Sementara itu, cuaca di puncak Gunung Paektuthe itu dilihat sangat ‘tenang’, dan Jong-un pula memakai pakaian formal yang merangkumi kot, seluar panjang dan kasut kulit berwarna hitam.

KCNA berkata, pemimpin negara tersebut telah berjalan sejauh dua batu untuk sampai ke puncak dengan memakai pakaian formalnya (sepatutnya perlu memakai pakaian mendaki untuk menaiki gunung), sambil mendakwa ‘cuaca yang baik itu’ adalah disebabkan kehadiran Jong-un.

Agensi berita berkenaan kemudian memberi penghormatan kepada beliau menyifatkannya sebagai “lelaki yang mengawal alam”.

Namun, ini bukan kali pertama KCNA melaporkan pencapaian serta kelebihan serta  luar biasa yang ada pada pemimpin mereka.

Sebelum ini, Jong-un dikatakan telah berjaya menemui tempat atau ‘sarang’ haiwan legenda, Unicorn, dan bukan itu sahaja, malah beliau dilaporkan telah belajar memandu kenderaan ketika baru berusia 3 tahun.

Lebih menghiburkan lagi, KCNA meraikan Jong-un di atas ‘kejayaan’ beliau mencipta satu jenis ubat ajaib yang mampu menyembuhkan penyakit Aids, Ebola dan juga kanser.

Dalam pada itu, mendiang ayah Jong-un, Kim Jong Il juga didakwa memiliki kuasa-kuasa mistik, di mana beliau tidak perlu membuang air kecil dan air besar untuk hidup.

Percaya atau tidak, rakyat negara itu turut mempercayai bahawa Jong Il adalah pencipta pertama ‘hamburger’ di dunia ini.

Gunung Paektuthe yang dilawati oleh Jong-un merupakan sebuah lokasi signifikan dalam sejarah Korea Utara, di mana seluruh negara itu mempercayai bahawa Jong Il dilahirkan di sebuah pangkalan tentera di gunung berkenaan.

Peristiwa itu sekali gus mendorong kepada kepercayaan kewujudan ‘pelangi berganda’, namun rekod sebenar menunjukkan bahawa Jong Il sebenarnya dilahirkan di Siberia.

Show More

Related Articles

Back to top button