AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Islam Dan Kristian Bersatu Pertahankan Baitulmaqdis

Susulan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, rakyat Palestin beragama Kristian meluahkan bantahan mereka dengan memadam lampu di pokok Krismas di luar Bethlehem’s Church of the Nativity, iaitu tempat kelahiran Jesus atau Nabi Isa.

Selain daripada negara-negara Islam dan Barat, keputusan Trump itu turut mencetuskan kemarahan dan kekecewaan golongan minoriti Kristian yang menetap di Palestin.

Memetik laporan Reuters, seorang penganut Kristian bernama Fredrick Hazo, menyatakan bahawaTrump “membawa masalah kepada seluruh dunia”, sambil menggesa presiden tersebut supaya menarik balik keputusannya.

“Kami bersatu – Kristian, Muslim, kami adalah satu,” kata ahli muzik berusia 59 tahun itu.

Hazo berkata, dia amat kecewa dengan keadaan politik pada masa kini, namun tetap yakin bahawa keseimbangan tiga agama di bandar suci itu akan membawa kemenangan.

“Di tempat suci ini, Tuhan melindungi kita semua. Kita dilindungi oleh malaikat-Nya di Baitulmaqdis,” tambah Hazo.

 

POPULASI PENGANUT KRISTIAN HANYA 1%

Penganut agama Kristian membentuk kira-kira hanya 1% daripada populasi Palestin di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Pada bulan Julai, Hazo dan penduduk Kristian yang lain telah menyertai umat Islam di negara itu dalam sebuah protes bagi membantah pemasangan alat pengesan logam di sekitar kawasan Masjid Al-Aqsa, yang merupakan tapak suci ketiga di dalam Islam.

Pihak berkuasa Israel mengambil langkah itu selepas dua individu berbangsa Arab-Israel menembak mati dua orang anggota polis Israel di kawasan berkenaan.

Walau bagaimanapun, pemasangan alat pengesan itu kemudian dihentikan apabila berlaku pertempuran berdarah selama dua hari di bandar tersebut.

SEMUA AGAMA BERSATU DALAM DOA 

Seorang penduduk beragama Islam Palestin bernama Mohammed al-Hawa berkata, kata-kata yang dikeluarkan oleh Trump secara jelas mengabaikan realiti dan keadaan rumit yang sedang berlaku.

Menurut Mohammed, penduduk berlainan agama semuanya bersatu dalam doa, walaupun mereka tidak sehaluan dalam politik.

“Kristian, Yahudi, dan Islam hidup bersama di bandar ini. Tiada sebarang masalah di antara mereka. Hanya politik sahaja. Kerajaan mahu mencetuskan peperangan.

“Ini adalah bandar saya, darah saya, dan nyawa saya,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi rakyat Palestin yang hanya dikenali sebagai “Jerusalemite” menyatakan bahawa dia bebas pergi ke mana-mana kawasan di bandar Baitulmaqdis tanpa sebarang sekatan.

“Saya boleh pergi ke gereja, ke mana-mana sahaja di Baitulmaqdis, Trump mahupun Netanyahu (Perdana Menteri Israel) tidak akan dapat menghalang saya,” ujarnya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button