Isu SemasaTempatan

Remaja Mudah Beli Minuman Keras

Ia mengambil masa kurang dari lima minit bagi dua remaja untuk membeli sebotol wiski jenama Goodman daripada sebuah kedai di Taman United, Jalan Kelang Lama baru-baru ini.

Gambar oleh The Star

Anda mungkin tertanya, apa masalahnya? Kedua-dua lelaki ini hanya berumur 14 tahun dan mereka tidak diminta untuk menyediakan sebarang pengenalan apabila membeli minuman keras tersebut.

Menurut mereka, lelaki yang menjaga kaunter pembayaran tidak memberi sebarang perhatian dan hanya memandang telefon bimbitnya apabila menerima pembayaran.

Gambar oleh The Star

Ini adalah haram di bawah peraturan baru berhubung kawalan alkohol di bawah Akta Peraturan Makanan 1985; yang berkuat kuasa pada 1 Disember, tahun ini.

Di bawah undang-undang, ia adalah haram untuk menjual minuman keras kepada sesiapa di bawah umur 21 tahun. Sebelum ini, had umur adalah 18 tahun.

Minuman beralkohol yang dibeli oleh dua remaja ini dijual dalam botol 170ml dan berharga hanya RM9. Ia adalah minuman keras versi murah yang mengandungi alkohol sebanyak 38%.

Botol minuman keras itu juga tidak memaparkan label amaran mengenai risiko kesihatan penyalahgunaan alkohol yang diperlukan.

Menurut peraturan baru, minuman keras hanya boleh dijual dalam botol 700ml dan dengan kenaikan cukai, minuman yang berharga RM5 sekarang akan dikenakan pembayaran sebanyak RM50.

Objektif peraturan baru ini adalah untuk menjadikan proses membeli minuman keras lebih sukar, tetapi merujuk kepada kes dua remaja tadi, ternyata ia tidak dikuatkuasakan.

Peraturan diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan pada Jun 2016. Inspektor daripada kementerian kesihatan memberi pengilang dan peruncit 18 bulan bagi memastikan label amaran yang diperlukan dipaparkan pada setiap botol dan tidak lagi menjual minuman keras dalam botol kecil.

Sesiapa yang didapati melanggar peraturan akan didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.

The Star melawat beberapa pasar raya besar, kedai runcit dan kedai perubatan Cina di Kuala Lumpur dan mendapati kebanyakan kedai-kedai tersebut tidak mematuhi peraturan asas seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, iaitu memaparkan risiko kesihatan serta had umur untuk membeli alkohol

Botol-botol itu juga tidak memaparkan sebarang label amaran.

Mereka yang mengikuti peraturan masih menayangkan papan tanda lama di mana had umur untuk membeli minuman beralkohol adalah 18 tahun.

Sesetengah kedai, termasuk pasar raya besar, masih menjual minuman keras dalam botol kecil.

Perubahan dasar

Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam memperkenalkan perubahan dasar selaras dengan perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh Malaysia pada 2010 di World Health Assembly.

Dr Subramaniam berkata ia adalah untuk mengurangkan ketersediaan minuman keras beralkohol di pasaran.

Tambahnya lagi langkah itu bertujuan untuk mencegah remaja dan pelajar daripada mengambil minuman keras kerana terdapat kebimbangan yang semakin meningkat tentang kesan minuman keras kepada masyarakat.

Masalah berlarutan

Gambar oleh The Star

Mary Malar, seorang suri rumah yang menghantar dua anaknya di sebuah sekolah di Brickfields setiap pagi terpaksa menghadapi individu mabuk yang terbaring di kawasan pintu masuk sekolah anak-anaknya.

“Setiap hari terdapat sekurang-kurangnya seorang yang tertidur di atas kaki lima di luar kawasan sekolah.

“Saya juga selalu melihat orang tidur di kaki lima depan kedai dan bank di Brickfields dan anda boleh lihat botol arak di sebelah mereka,” katanya.

Gambar oleh The Star

Penolong pengurus, V. Krishnaveni, yang menjalankan sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Jalan Sultan Abdul Samad bersetuju dengan Mary. Dia berkata dia sering berjumpa individu yang mabuk tertidur di jambatan di belakang tempat kerjanya.

“Dahulu ia hanya seorang atau dua lelaki, tetapi sekarang terdapat lebih daripada sepuluh orang melepak di jambatan tersebut minum arak,” katanya.

“Selalunya orang-orang ini akan tertidur di jalanan sepanjang hari selepas minum alkohol murah sepanjang malam,” tambahnya lagi.

Seorang penduduk kawasan itu, George Joseph berkata dia telah membuat banyak panggilan dan menulis banyak surat kepada pihak berkuasa tentang perkara tersebut.

“Saya dirujuk kepada pelbagai pihak apabila saya membuat panggilan. Selalunya DBKL akan memberi tahu saya bahawa ia adalah di bawah tugasan polis dan apabila saya mengadu kepada polis, mereka memberi tahu saya untuk membuat panggilan kepada AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) dan AADK akan beri tahu saya bahawa ia adalah masalah di bawah Jabatan Kebajikan. Ia tidak akan berhenti dan itulah sebabnya perkara ini semakin teruk,” kata George.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker