Teknologi

Monster Hunter World Beta Khas Untuk PSPlus PS4

Peminat permainan Monster Hunter kini boleh bermain Monster Hunter: World di Playstation 4 kini di Beta bermula Ahad 10 Disember hingga Rabu 13 Disember.

Permainan action-roleplay yang popular keluaran Capcom ini sudah boleh dimuat-turun oleh pemilik akaun PlayStation Plus secara percuma melalui PlayStation Store.

Tempoh percubaan ini memberikan peluang kepada pemain mencuba sedikit sebanyak pengalaman bermain permainan ini sebelum mereka membeli produk siap yang bakal keluar 26 Januari 2018.

Review admin yang baru sahaja bermain permainan di dan juga merupakan peminat Monster Hunter, Monster Hunter: World menampilkan ‘dunia’ MH yang baru namun masih mengekalkan elemen-elemen MH yang peminat-peminat MH boleh kenal.

Permainan Monster Hunter: World (Beta) memberikan peluang kepada pemain untuk mencuba 3 misi memburu dan mencuba semua jenis senjata.

Bagi yang pernah bermain Monster Hunter, ia akan mengembalikan sedikit sebanyak nostalgia di samping pengalaman bermain yang baru. Dengan grafik yang diperbaharui, permainan ini lebih seronok dimain secara individu mahupun secara beramai-ramai.

Untuk pemain yang pertama kali bermain pula, panduan bermain dalam ‘game’ juga disediakan supaya pemain lebih mudah memahami bermain permainan ini.

Kepada pemilik akaun PlayStation Plus, anda bolehlah memuat-turun permainan ini sebelum tempoh percubaannya tamat.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker