Hiburan

Disney Telah Jumpa “Mulan”

Filem adaptasi Mulan dari Disney telah menjumpai pelakon wanita utamanya.

Sekumpulan pengarah uji bakat telah mengunjungi lima benua dan berjumpa hampir 1,000 calon, yang memerlukan kemahiran seni mempertahankan diri, kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris dan yang paling penting mempunyai ciri dan kualiti ‘bintang’, atau kemampuan menarik penonton dan peminat.

Dalam menghortmati kebudayaan, studio tersebut memberi fokus kepada wanita muda etnik China untuk memainkan watak Hua Mulan, yang menyamar dirinya sebagai seorang lelaki untuk mengambil tempat bapanya bagi menyertai tentera China pada abad ke-5.

Pelakon wanita dari China, Liu Yifei, yang juga dikenali sebagai Crystal Liu, telah ditetapkan untuk membintangi filem adaptasi ini.

Liu dikatakan mempunyai pakej lengkap yang dicari. Diberi gelaran “Fairy Sister” oleh rakyat China disebabkan paras rupanya yang suci dan baik, beliau telah menjadi salah seorang pelakon paling popular di kalangan generasi kini sejak membintangi beberapa siri drama televisyen terkenal di pertengahan 2000-an, sementara beliau masih belajar di Akademi Filem Beijing.

Menurut laporan The Hollywood Reporter, Liu juga fasih bertutur dalam bahasa Inggeris kerana telah menetap di Queens, N.Y. pada zaman kanak-kanaknya.

Antara filem yang telah dilakonkan dalam bahasa Inggeris adalah The Forbidden Kingdom pada tahun 2008 bersama Jackie Chan dan Jet Li serta filem Outcast pada tahun 2017, bersama Nicolas Cage dan Hayden Christensen.

Beliau juga telah menjadi duta jenama untuk Dior, Tissot, Ganier dan Pantene, dan baru-baru ini membintangi dalam romantik fantasi Once Upon a Time, yang berjaya memperoleh $82.3 juta (RM 336 juta) di China.

Niki Caro, yang merupakan pengarah filem The Zookeeper’s Wife, bakal mengarah filem ini dan ia akan diterbitkan oleh Chris Bender, Jason Reed dan Jake Weiner dan dijangka dikeluarkan pada tahun 2019.

Filem versi animasi 1998, dibintangi suara Ming-Na Wen bersama Eddie Murphy dan B.D. Wong, memperoleh $304.3 juta (RM 1.3 bilion)  di seluruh dunia serta mendapati pencalonan di Golden Globe dan Academy Award.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker