Sukan

Chelsea Tidak Mampu Bersaing Untuk Takhta Liga

Pengurus Chelsea, Antonio Conte berkata pasukannya kini bukan lagi pesaing takhta liga selepas mereka tewas 1-0 kepada West Ham United pada hari Sabtu yang lalu, sekaligus melihatkan pasukan itu ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

Marko Arnautovic menjaringkan gol pertamanya sejak menyertai West Ham pada bulan Julai selepas membuat sepakan serong melepasi Thibaut Courtois pada minit ke-6.

Conte selepas itu memasukkan Pedro, Victor Moses dan Willian bagi menguatkan barisan serangan pasukannya selepas permainan bersambung semula di separuh masa kedua. Walau bagaimanapun, Chesea gagal memecahkan benteng pertahanan West ham yang kini semakin kukuh dibawah bimbingan David Moyes.

“Apabila anda kalah 4 daripada 16 perlawanan, itu bermakna anda tidak bertanding untuk takhka,” kata Conte. “Mengikut pengalaman saya jika anda mahu bertanding untuk takhta liga, pada pertengahan liga, anda hanya boleh tewas satu atau dua kali.”

Chelsea turut tewas kepada Manchester City di laman sendiri.

Juara musim lepas itu gagal mendapatkan penyudah yang berbisa di minit-minit akhir apabila sepakan Alvaro Morata tersasar jauh walaupun dia tidak diasak, dan Eden Hazard juga turut melepaskan peluang menjaringkan gol beberapa ketika selpas itu.

Chelsea dilihat bergelut di sepanjang perlawanan ketika cuba untu menembusi benteng pertahanan West Ham yang tidak pernah bolos walaupun sekali sejak September lalu.

David Moyes memuji pasukannya kerana “pertunjukan yang sangat berdisiplin, tersusun” yang menyebabkan Chelsea tidak mempunyai ruang yang banyak untuk menggerakkan bola, serta menggagalkan serangan mereka menerusi Arnautovic dan Michail Antonio.

“Strategi yang kami gunakan berjaya, kami tahu bila mahu menyerang, dan kami juga begitu hampir di Manchester City,” ujarnya sambil merujuk kepada kekalahan 2-1 mereka di tangan Manchester City minggu lepas.

Walaupun pertunjukan West Ham semakin bagus di bawah bimbingan David Moyes sejak menggantikan Slaven Bilic pada bulan November yang lepas, West Ham masih lagi di zon penyingkiran.

Pengurus Chelsea, Conte berkata pemainnya kelihatan lesu kerana bermain menentang Atletico Madrid di Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu itu. Dia kelihatan kecewa kerana pemainnya tidak cukup kuat untuk bertanding di dalam liga tempatan serta pertandingan di Eropah musim ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.