FesyenGaya Hidup

Serlahkan Gaya Maskulin Dengan Jeans Skinny

Seluar jeans skinny adalah salah satu fesyen pakaian lelaki yang paling popular.  Fesyen yang mula timbul pada Abad ke-20, seluar jeans skinny menjadi pilihan para jejaka yang menjaga penampilan mereka.

Seluar jeans skinny dihasilkan daripada campuran kapas dan elastane. Bahan elastane memberi keselesaan dan kemudahan ketika memakainya dengan membenarkan si pemakai bergerak dengan bebas.

Menurut The Idleman, seluar jeans skinny biasanya tidak mempunyai cengkaman ketat di bahagian kaki. Berbeza dengan seluar jeans super skinny, jeans skinny mempunyai pembukaan buku lali yang sedikit lebih lebar.

Cara Memakai Jeans Skinny untuk Lelaki:

1. Alternatif 

Ini adalah penampilan yang hebat untuk semua ‘rocker’. Pilih skinny berwarna gelap seperti hitam dan anda akan menarik perhatian dengan mudah. Sepasang seluar jeans skinny hitam dan kasut hitam adalah cara terbaik untuk mengekalkan keseragaman dalam pakaian ini.

Bergaya dengan warna hitam dari atas ke bawah adalah peraturan gaya yang setiap orang harus ikuti kerana ia adalah cara mudah untuk tampil maskulin.

2. Grunge (Klasik)

Gaya grunge atau klasik akan tampil sempurna dengan sepasang seluar jeans skinny. Gaya ini dengan mudahnya akan menampakkan si pemakai kelihatan ‘cool’ dan kasual. Walaupun gaya rock era 90-an sering mengenakan pakaian ‘oversize’, seluar jeans skinny adalah cara terbaik untuk memodenkan gaya klasik ini.

Pakai seluar jeans skinny dengan jaket denim bersama kemeja T dan lengkapkan gaya anda dengan kasut jenis but. Jangan cacatkan gaya ini dengan pemilihan warna yang pelbagai. Seeloknya, kekalkan gaya mudah dengan memakai tona warna neutral yang sama.

3. Smart Casual

Gaya ini adalah gaya yang paling mudah dalam pemakaian jeans skinny. Ia juga sesuai sama ada untuk keluar malam atau dalam suasana kerja yang santai. Lelaki yang mengenakan seluar jeans skinny akan sentiasa dapat menampilkan gaya ‘smart casual’.

Tidak seperti seluar lain, jeans skinny sesuai digunakan untuk pakaian formal dan kasual. Sehelai jaket yang melapisi kemeja dan dipadankan dengan sepasang skinny adalah gaya ‘smart casual’ yang sangat menarik di waktu hujung minggu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker