Bisnes & Ekonomi

‘The Pareto Effect’ Prinsip Berguna Dalam Pengurusan Kewangan

Kesan Pareto ataupun ‘The Pareto Effect’  adalah sebuah prinsip bahawa 80% hasil datang daripada 20% usaha. Ia juga dikenali sebagai model 80/20.

Menurut The Star, Kesan Pareto telah direka oleh seorang ahli ekonomi Itali bernama Vilfredo Pareto yang mendapati bahawa 20%  daripada keseluruhan individu di muka bumi memiliki 80% kekayaan.

Namun begitu,  anda boleh menggunakan prinsip ini untuk mengurus hal-hal kewangan anda malah ia juga boleh diadaptasikan dalam kehidupan seharian anda.

 

‘THE PARETO EFFECT’ DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kebanyakan daripada kita mudah membelanjakan sama ada kesemua atau melebihi jumlah wang yang kita ada. Tindakan ini seterusnya akan menyebabkan kita dibebani hutang.

Jadi, apa yang anda patut lakukan adalah, meluangkan sebanyak 20% daripada masa anda untuk memikirkan keputusan kewangan yang sepatutnya diambil.

Menurut prinsip ini, keputusan kewangan yang diambil akan memberikan kesan terhadap 80% kehidupan anda.

Contoh  bagi perkara-perkara seperti ini adalah membeli rumah,  membuat keputusan untuk berkahwin dan berkeluarga, melanjutkan pelajaran ataupun membeli kereta baru.

Semua perkara ini memerlukan anda melakukan penyelidikan yang mendalam serta terperinci sebelum membuat keputusan seterusnya membuat pelaburan yang besar.

Hal ini boleh digunapakai di dalam kedua-dua urusan kehidupan dan kewangan.

Keputusan kewangan yang kerap dibuat, sebagai contoh, memilih apa yang mahu dimakan, serta di mana ingin membelanja  hanya memberi kesan terhadap 20% kehidupan anda.

 Jadi jangan mengambil terlalu banyak masa memikirkan tentang hal-hal kecil seperti ini .

Nisbahnya mungkin berbeza,  namun yang paling penting adalah prinsip di sebalik perkara ini.

Adakah anda menggunakan apa yang dibeli?

Cara yang paling mudah adalah dengan melihat almari pakaian anda. Adakah anda memakai sebanyak 80% pakaian yang ada atau hanya 20% daripadanya?

 Jika anda hanya memakai 20 %, daripada pakaian anda,  maka berbelanja lebih banyak ke atas pakaian adalah tidak masuk akal, bukan?

Konsep ini boleh digunakan bagi semua segi dalam kehidupan anda – anda boleh menggunakannya tentang perkara-perkara seperti  pelan telefon bimbit, pembelian buku, keahlian gim dan rancangan kabel televisyen berbayar.

Jadi, lain kali sebelum anda mahu berbelanja, anda boleh  pertimbangkan sama ada mahu menggunakan peraturan 80/20 ini.

 

THE PARETO EFFECT DALAM PELABURAN

Ia juga berfungsi untuk hal-hal berkenaan pelaburan. Baguslah jika anda sedang mencari jalan untuk menggandakan kekayaan anda melalui pelaburan.

Namun begitu dengan model 80/20 ini, ia bukanlah sebuah idea yang baik untuk melabur semua wang anda ke dalam satu saluran.

Hal ini kerana terdapat kemungkinan, suatu rancangan pelaburan itu tidak berjaya membuahkan hasil.

 Jadi jangan menghabiskan kesemua simpanan anda ke dalam sebuah projek baru.

Daripada semua pelaburan yang anda miliki, peluang untuk pelaburan anda yang lebih kecil untuk menghasilkan pulangan adalah lebih tinggi.

Dalam kes ini, 80% daripada usaha yang anda laburkan akan menjana sebanyak 20% hasil.

Tidak mengapa jika anda berhadapan dengan situasi ini, ia merupakan sebuah perkara yang biasa berlaku dan hampir semua orang mengalaminya. Anda perlu terus mencuba sehingga anda dapat 20% ​​ hasil pelaburan itu.

 

THE PARETO EFFECT DALAM MENGURUSKAN WANG SIMPANAN

Pareto Effect juga biasanya digunakan dalam urusan wang simpanan.

Anda perlu menyimpan 20% daripada hasil pendapatan anda.

Hal ini membolehkan anda membelanjakan sebanyak 80%  daripada pendapatan anda selagi 20% daripadanya telah disimpan terlebih dahulu.

Ini bererti jika anda memperoleh RM5,000 sebulan, simpan sebanyak RM1,000 untuk simpanan anda, sementara baki RM4,000 lagi anda boleh belanjakan mengikut keperluan dan kehendak anda.

Sekiranya 20% adalah jumlah yang terlalu besar bagi anda, anda boleh mula menyimpan secara kecil-kecilan.

Sebagai contoh  mula menyimpan sebanyak 2% kemudian beransur-ansur  sehingga 4%  serta seterusnya menyimpan jumlah yang lebih besar dari itu.

Walaupun jumlah ini tidak besar namun dengan sedikit masa, ia mampu menghasilkan keputusan yang positif.

Menyimpan sebanyak 20% daripada pendapatan bulanan anda mungkin suatu tindakan yang sukar  untuk dilakukan, namun dalam kadar yang  kecil-kecilan ia akan menjadi semakin mudah untuk dicapai.

Simpanan anda juga perlu meningkat seiring dengan pendapatan anda.

Jika anda sedang mencari cara untuk menyimpan sama ada untuk tujuan jangka pendek atau jangka panjang, model 80/20 ini pasti boleh mengukuhkan kedudukan kewangan anda.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker