Sukan

Tan Cheng Hoe Pengganti Vingada

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah melantik Tan Cheng Hoe untuk mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan selepas Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada, atau lebih dikenali sebagai Nelo Vingada dari Portugal meletakkan jawatannya pada hari Rabu selepas persembahan buruk pasukan kebangsaan.

Cheng Hoe merupakan seorang bekas jurulatih Kedah dan kemudiannya dilantik menjadi penolong kepada Vingada pada tahun ini.

“Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Cheng Hoe kerana menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya yang baru,” kata Datuk Hamidin Mohd Amir, setiausaha agung FAM di dalam satu mesej yang dimuat naik di laman web FAM pada hari Khamis.

Vingada yang berusia 64 tahun mengumumkan perletakkan jawatannya setelah hanya lima bulan menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya, di mana beliau gagal untuk mendapatkan sebarang kemenangan daripada tujuh perlawanan sejak beliau dilantik pada bulan Jun.

Tugas Cheng Hoe yang seterusnya adalah pusingan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan pada bulan Mac serta Piala AFF Suzuki.

Tags
Show More

Related Articles