HiburanTeknologi

Taman Tema VR Pertama Di Asean Akan Dibuka di Damansara

Taman tema VR yang pertama di Malaysia akan dibuka di Empire City, Damansara pada tahun depan.

Hero Central Park, sebuah projek taman tema berkonsepkan VR ini merupakan idea dan dibangunkan oleh US VR Global Inc.

Menurut CEO US VR Global Inc, Mark Olivier Francq, taman tema ini bukan sahaja yang pertama di Malaysia, malah di seluruh Asean.

“Teknologi VR sudah ada sejak 20 tahun lalu, tetapi dalam skala taman tema VR, kami adalah yang pertama menjadikan ia realiti,” tambahnya lagi.

Taman sebesar 170,000 kaki persegi ini merupakan projek taman tema pertama syarikat berkenaan dan mereka berharap ia akan berjaya menarik pengunjung serta pelabur dari seluruh dunia dalam usaha untuk membina lebih banyak taman seumpananya di masa akan datang.

Pelbagai permainan VR dan AR akan dibina dan pengunjung akan dapat merasai pengalaman yang lebih unik dan menyeronokkan berbanding taman-taman tema yang lain.

Pengerusi Eksekutif US VR Global Inc, Ramelle Ramli dan CEO US VR Global Inc, Marc-Olivier Francq

Menurut Pengasas dan Pengerusi Eksekutif US VR Global Inc., Ramelle Ramli, pihaknya akan membawa teknologi canggih VR dan AR ini ke Malaysia sebagai platform hiburan VR.

Hero Cental Park akan siap dibina dan dijangka akan dibuka kepada umum sekitar suku pertama 2018.

Link: Hero Cental Park

Tags
Show More

Related Articles