Sukan

Ballon d’Or: Anugerah Kelima Ronaldo Menyamai Rekod Messi

Christiano Ronaldo dan Lionel Messi, kembali bersama.

Bintang Real Madrid yang berasal dari Portugal itu menyamakan kedudukan dengan Lionel Messi pada awal pagi Jumaat, memenangi anugerah Ballon d’Or kelimanya di atas prestasinya yang menakjubkan.

Ronaldo yang berusia 32 tahun itu merangkul anugerah itu kerana kejayaannya ketika musim 2016-17 di mana beliau membawa Real Madrid memenangi Liga Juara-Juara untuk kali kedua berturut-turut, serta menjadi juara La Liga. Sejurus selepas itu, beliau turut menjadi kapten kepada pasukan kebangsaan Portugal ketika perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.

Beliau menerima anugerah itu di Paris.

Setelah memenangi anugerah itu sekali lagi, Ronaldo kini merangkul gelaran pemain bolasepak individu terbaik itu sebanyak empat kali sejak lima tahun lalu. Kali terakhir Messi memenangi anugerah ini adalah pada tahun 2015.

Kali terakhir anugerah ini tidak dimenangi oleh dua orang bintang ini adalah ketika ia dimenangi oleh Kaka pada tahun 2007.

Tags
Show More

Related Articles