Gaya HidupPercutian

Silo Peluru Berpandu Dijadikan Pusat Penginapan

Sebuah tapak yang dahulunya merupakan sebuah silo di era Perang Dingin telah diubah menjadi pusat peranginan bawah tanah.

Silo merupakan tempat penyimpanan senjata nuklear seperti peluru berpandu dan torpedo.

Kawasan ruang tamu

Terletak di timur laut Kansas, lapor Denver Post, tapak silo yang berusia 65 tahun itu kini dijadikan sebuah lokasi Airbnb yang diberi nama Airbnb Castle Subterra.

APA ITU AIRBNB?

Menurut Investopedia, Airbnb merupakan komuniti perniagaan dalam talian yang menghubungkan pemberi perkhidmatan hospitaliti serta pelanggan yang mencari pusat penginapan.

Mathew Fulkerson serta isterinya Leigh Ann berdiri di atas bilik bawah tanah yang dahulunya  pusat penyimpanan peluru berpandu 

Antara pengguna laman sesawang Airbnb termasuklah hos,  pemilik hartanah dan pengembara.

Pemilik hartanah akan menyewakan ruang yang tidak digunakan, manakala pengembara akan mencari dan menempah pusat penginapan yang terletak di 192 negara di serata dunia.

Airbnb Castle Subterra baru dibuka kira-kira enam bulan yang lalu. Ia terletak di Wabaunsee County, kira-kira 15 batu (25 kilometer) barat daya dari Topeka.

Laluan ke bawah tanah 

CASTLE SUBTERRA PUSAT PERANGINAN UNIK

Pemilik Subterra merupakan pasangan suami isteri, Ed dan Dianna Peden  yang telah tinggal di tempat penyimpanan peluru berpandu yang telah diubah itu sejak tahun 1994.

Jiran bagi pasangan Peden yang juga hos bagi Subterra, Matthew Fulkerson, 37 tahun, berkata merupakan ideanya  untuk menjadikan tapak itu sebagai Airbnb.

Panel kawalan pelepasan peluru berpandu lama di Castle Subterra

Pasangan Peden juga telah bersetuju dengan idea itu.

Ujar Fulkerson,  dia mempunyai visi yang lebih besar untuk tapak itu.

Dia ingin menjadikannya lebih daripada sebuah pusat penginapan untuk pelancong datang ke Kansas,

“Saya meramalkan ia boleh jadi sebuah destinasi peranginan,” katanya, sambil menambah bahawa tapak itu telah dipaparkan di beberapa saluran media.

Selain mempunyai bilik tidur, Subterra juga akan mempunyai dapur yang lengkap, bilik mandi peribadi, perkhidmatan dobi serta tempat pendiangan yang akan memberikan “suasana yang menyenangkan serta nyaman pada musim gugur dan musim sejuk,” ujar Fulkerson.

Pasangan Fulkerson menyediakan tempat tidur untuk tetamu di pusat penginapan ini

Fulkerson  menambah dia dan pasangan Peden sedang merancang jika terdapat peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan Airbnb ini,  mereka akan menggunakan kedua-dua pangsapuri yang terletak di tingkat atas dan bawah.

Hal ini kerana, ada pelanggan yang ingin merasai pengalaman tidur di bawah tanah.

Terang Fulkerson lagi,  Subterra merupakan  satu-satunya silo peluru berpandu yang telah ditukar menjadi Airbnb.

Tags
Show More

Related Articles