Gaya HidupMakan & Minum

Cawangan Kedua IndoBowl Di SS15 Kini Dibuka

Indomie adalah makanan yang dekat di hati rakyat Malaysia. Kalau lapar tengah-tengah malam sedah tentu Indomie sedia meneman.

IndoBowl merupakan restauran yang menyajikan hidangan khusus untuk peminat Indomie. Restoran pertamanya ditubuhkan di Sungai Besi dan kini telah membuka cawangan baharu di SS15.

Kalau anda biasa pesan Indomie di mamak, selalunya anda akan pesan bersama telur mata, tetapi restoran ini pasti akan meningkatkan lagi selera anda kerana ia terkenal dalam menghasilkan sajian yang didatangi bersama pilihan telur mata, ayam panggang, steak daging, lamb chop atau udang goreng.

 

Walaupun terkenal dengan menu Indomie mereka, hidangan nasi juga ditawarkan. Jadi, kepada semua penggemar Indomie, jangan lupa menjamu selera bersama rakan dan keluarga di IndoBowl SS15.

IndoBowl SS15 Subang Jaya

Alamat: 66 Jalan SS15 / 4c, SS15, 47500 Subang Jaya (di belakang KFC SS15)

Facebook: IndoBowl

Tel: 019-542 6869

Semua Kredit Imej: IndoBowl

 

 

 

Tags
Show More

Related Articles