AntarabangsaTeknologi

Dunia Perlu Lebih Ramai Pakar AI

Kekurangan bakat dalam industri Artificial Intelligence (AI) adalah perkara yang diketahui ramai, tetapi sebuah laporan baharu daripada syarikat teknologi gergasi China, Tencent, memerhati betapa besarnya kekurangan itu.

Menurut kajian yang dikumpulkan oleh Institut Penyelidikan Tencent, terdapat hanya 300,000 “penyelidik dan pengamal AI” di seluruh dunia, tetapi “permintaan pasaran” adalah untuk berjuta-juta peranan yang lain.

The Verge melaporkan bahawa ia adalah hanya angaran spekulatif, dan kajian tidak memberitahu banyak maklumat tentang bagaimana angka itu diperolehi, tetapi mengikuti trend am, ia bersamaan dengan banyak laporan anekdot yang lain.

Syarikat gergasi teknologi di seluruh dunia telah menyatakan pendapat yang sama tentang kesukaran mencari jurutera AI dan permintaan tersebut telah menyebabkan gaji mereka meningkat kepada tahap yang amat tinggi.

Individu yang hanya mempunyai beberapa tahun pengalaman boleh menjangkakan gaji antara $300,000 (RM 1,220,100) dan $500,000 (RM 2,033,500) setahun, lapor The New York Times, manakali mereka yang lebih berpengalaman boleh meraih sehingga berjuta-juta setahun (dollar Amerika).

Sebuah lab AI tersendiri memberitahu akhbar tersebut bahawa terdapat hanya 10,000 individu di seluruh dunia yang mempunyai kemahiran pakar untuk menganjurkan projek-projek AI yang berat.

Gambar oleh Chip Somodevilla/Getty Images

“2017 Global AI Talent White Paper” baharu daripada Tencent mencadangkan masalah kekurangan tersebut adalah disebabkan pendidikan.

Ia menanggarkan 200,000 daripada 300,000 penyelidik aktif sudah pun bekerja dalam pelbagai industri (bukan sahaja industri teknologi), manakala 100,000 yang lain masih belajar.

Pendaftaran dalam pembelajaran mesin dan kursus AI telah melonjak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan begitu juga dengan pendaftaran kursus AI di atas talian. Di situlah terdapat ‘tangguhan’ sementara menunggu individu menyelesaikan pendidikan mereka.

Menariknya, laporan itu juga membuat spekulasi mengenai persaingan global untuk membangun dan menggunakan kemahiran-kemahiran tersebut.

Topik ini telah menjadi popular dalam beberapa bulan kebelakangan ini dengan pakar di Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa Amerika kini jauh di belakang saingan seperti China dalam perlumbaan global AI.

Laporan itu mengenal pasti AS, China, Jepun, dan UK sebagai pemain utama, manakala Israel dan Kanada memainkan peranan tersendiri.

Kanada mempunyai latar belakang dalam menyediakan pendidikan yang hebat (yang telah menarik banyak syarikat besar untuk melancarkan makmal penyelidikan di sana), sementara UK adalah yang terbaik dalam “aspek etika dan undang-undang” AI, manakala Jepun pula sedang memimpin dalam robotik.

Tetapi menurut laporan itu, AS berada “jauh di hadapan” dari segi bakat global, dengan lebih banyak universiti yang mengajar tentang pembelajaran mesin dan subjek berkaitan berbanding negara lain, serta lebih banyak syarikat permulaan AI.

Ia dianggarkan bahawa AS mempunyai lebih daripada 1,000 jumlah syarikat permulaan AI manakala China mempunyai hampir 600.

Laporan itu tidak meramalkan mengenai negara mana yang akan berada di tangga teratas dalam beberapa dekad, tetapi menyatakan cita-cita dasar kerajaan China untuk menjadi pemimpin dunia dalam AI menjelang 2030 – matlamat yang ramai berasa boleh dicapai.

Tags
Show More

Related Articles

Check Also

Close