Bisnes & Ekonomi

Jangan Pandang Rendah Pekerjaan Pembersihan

Ramai yang tidak menghargai lantai yang bersih berkilat dan bilik air yang bersih ketika mengunjungi pasar raya besar atau pejabat.

“Kita perlu hormati tukang bersih,” kata pengarah dan pengasas Malaysian Cleansing Services Sdn Bhd,  Datuk M. Karunanidhi.

“Tanpa mereka, kita akan hidup dalam ketidakselesaan. Setiap pekerjaan adalah sama pentingnya, jadi jangan pandang rendah pada apa-apa pekerjaan pun.”

 

UPAH SEBANYAK RM 20 UNTUK SEBUAH RUMAH

Pada awal penglibatan Karunanidi  dalam bidang ini, beliau mengambil upah sebanyak RM 20 untuk membersihkan sebuah rumah.

 Kini,  syarikatnya telah  menyambut ulang tahun yang ke-35 pada awal bulan ini lapor akhbar The Star.

“Semasa saya sedang menuntut di kolej, kawan-kawan saya memutuskan untuk pergi bercuti.

Datuk Karunanidhi dan anaknya Ravin

Disebabkan ayah saya enggan memberikan wang belanja untuk pergi bercuti, jadi saya memutuskan untuk bekerja untuk mendapatkan duit.

Saya kemudian terjumpa mesin Hoover yang rosak di rumah. Setelah membaikinya, saya memutuskan untuk mengambil upah membersihkan rumah-rumah orang.

 Ia  telah digunakan untuk membersihkan lantai terazzo.

“Disebabkan ganjarannya yang lumayan saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan membuat kerja ini sepenuh masa,” tambahnya.

Akhirnya, beliau menubuhkan sebuah syarikat serta memasuki bidang pasaran komersial.

 

RAJIN BERUSAHA PUNCA KEJAYAAN

Karunanidhi suka membuat semuanya sendiri dan sikapnya ini kekal sehingga ke hari ini. Orang ramai tidak akan terkejut melihat dia bekerja bersama anaknya.

“Ayah saya memimpin dengan menunjukkan contoh,” kata anaknya yang juga pengarah pembangunan perniagaan syarikat,  Ravin Karunanidhi.

“Sudah berbilang projek di mana ayah dan saya meluangkan masa di tandas untuk memastikan tugas yang diberikan dilaksanakan dengan baik.

Tidak kira pukul berapa pun kami tamat bekerja,  pada keesokan harinya ayah akan bangun pada jam 5 pagi untuk memulakan pekerjaan.”

Sejak Ravin mula bekerja di syarikat itu pada tiga tahun yang lalu, beliau telah memperkenalkan banyak perubahan.

 

PUSAT SEHENTI UNTUK PELBAGAI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN

“Pada asalnya kami hanya mempunyai perkhidmatan kebersihan dan ‘housekeeping’, jadi saya memutuskan untuk memperkenalkan sebuah perkhidmatan baru, iaitu pengurusan sisa, di mana kami membantu pelanggan menguruskan sisa mereka.

Sisa yang berbeza memerlukan cara pelupusan yang berbeza jadi kami mengambil keputusan untuk menambahnya dalam senarai perkhidmatan yang ditawarkan.

“Kami juga memperkenalkan perkhidmatan sanitasi, ia merupakan satu lagi langkah selepas pembersihan. Ia membunuh bakteria.

Oleh kerana kami berada dalam perniagaan pembersihan, kami memutuskan untuk menjadi pusat sehenti di mana kami turut menawarkan perkhidmatan kawalan serangga serta khidmat pemulihan granit dan marmar.

Apa-apa yang diperlukan berkenaan mengekalkan bangunan, kami akan dapat melakukannya dengan baik, “ujar Ravin.

Ini telah menyebabkan pembentukan MCS Facilities Sdn Bhd dan Eco Hygiene Systems Sdn Bhd, anak-anak syarikat di bawah syarikat utama ini.

 

ANTARA PEMBERI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN TERBAIK NEGARA

Hari ini, kumpulan ini mempunyai kontrak dengan beberapa pasar raya besar, syarikat korporat, institusi pendidikan serta penyedia penjagaan kesihatan.

“Kami sedar terdapat banyak syarikat pesaing lain di Malaysia dan perkhidmatan yang kami tawarkan juga bukan yang termurah di negara ini.

Namun, pelanggan kami tahu  dengan memilih perkhidmatan kami, mereka sedang mendapatkan perkhidmatan terbaik yang datang dengan jaminan.

 

PELABURAN YANG TINGGI DIPERLUKAN UNTUK MENJALANKAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN

“Ramai orang tidak memahami perniagaan ini atau menyedari betapa tingginya pelaburan yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan seperti ini.

Disebabkan kami mengupah buruh asing,kosnya lebih mahal kerana kami perlu menanggung insurans, perbelanjaan perubatan dan penginapan mereka.

Namun begitu, ia berbaloi kerana  rajin  dan tidak pernah ponteng kerja. Mereka sanggup melakukan pelbagai kerja pembersihan, tidak seperti penduduk tempatan.

“Harga mesin yang kami gunakan boleh mencecah sehingga RM200,000, kos penyelenggaraan mesin-mesin seperti ini juga sangat  mahal,” katanya.

Merupakan penyokong kuat konsep hijau, Ravin juga telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa kerajaan untuk menganjurkan program gotong-royong sebagai projek Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) syarikat.

Kami juga sedang berusaha untuk membantu masyarakat berpendapatan rendah menerusi pekerja kami.

Kami memberikan biasiswa kepada anak-anak mereka serta membantu apa yang boleh supaya mereka boleh meneruskan pengajian mereka. “

Kejayaan syarikat ini adalah disebabkan kesanggupan syarikat untuk berubah serta  hasil kerjanya yang berkualiti.

“Selama ini kami terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan.

Perubahan inilah yang telah menjadikan kami lebih kuat dan lebih baik,” tegas  Karunanidhi. “Kami banyak bekerja keras. 15% daripadanya adalah tuah, namun begitu selebihnya adalah kerja keras.

Tags
Show More

Related Articles