FesyenGaya Hidup

Cara Menggayakan Beanie Dengan Betul

Beanie dengan mudah boleh menjadi penyelamat untuk hari rambut buruk anda. Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana cara memakai topi beanie anda dengan betul? The Idleman menerangkan terdapat tiga jenis beanie untuk lelaki iaitu beanie tinggi, beanie longgar dan beanie hipster.

Cara-cara pemakaian beanie yang betul mengikut rambut yang anda miliki adalah seperti berikut:

Beanie Dengan Rambut Pendek

Sekiranya anda tidak mempunyai rambut yang tebal dan panjang, maka ada gaya beanie tertentu yang akan berfungsi lebih baik untuk anda. Jika anda ingin memakai beanie dengan rambut pendek, maka pilihan terbaik untuk anda adalah beanie yang ketat dengan kain yang agak nipis.

Oleh kerana anda tidak mempunyai banyak rambut untuk mengimbangi beanie yang longgar, ia benar-benar boleh membuatkan kepala anda kelihatan pendek. Beanie hipster akan berfungsi dengan baik dengan rambut pendek kerana ia cukup ketat.

Beanie Dengan Rambut Kerinting

Rambut kerinting biasanya cenderung agak tebal, jadi beanie yang ketat akan membuatkan kepala anda nampak besar. Pilih beanie yang longgar kerana ia cukup luas untuk memuatkan rambut kerinting anda. Jika anda mempunyai gaya rambut kerinting pendek maka biarkan bahagian kerinting untuk menonjol dan terkeluar dari beanie.

Beanie Dengan Rambut Panjang

Dengan populariti ‘man buns’ yang berterusan, rambut panjang menjadi agak normal dalam kalangan lelaki moden. Walaupun anda mungkin mahu menayangkan rambut anda yang ikal, tidak salah jika sesekali anda menutupnya dengan beanie.

Sama ada rambut anda panjang paras bahu atau lebih, beanie ‘slim-fit’ akan berfungsi dengan baik dengan rambut tebal yang anda miliki. Satu tip penting untuk diingat adalah untuk tidak kelihatan terlalu emo dan anda haruslah menyeimbangkan lebihan rambut yang keluar dengan rata dari kedu-dua belah bahu dan belakang.

Tags
Show More

Related Articles