AntarabangsaIsu Semasa

Telur Reptilia Prasejarah, Pterosaur Ditemui di China

Penemuan beratus-ratus fosil telur pterosaur di China telah memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang reptilia terbang yang hidup di zaman dinosaur, termasuk bukti bahawa bayi mereka tidak boleh terbang dan memerlukan penjagaan rapi setelah menetas.

Saintis menemui 215 biji telur pterosaur jenis pemakan ikan, Hamipterus tianshanensis, termasuk 16 biji daripadanya masih mengandungi embrio. Pterosaur dewasa jenis ini mempunyai bonggol di atas kepalanya yang panjang, gigi yang tajam dan sayap lebih dari 11 kaki (3.5 meter).

Ilustrasi artis menunjukkan individu dari spesies pterosaur, Hamipterus tianshanensis, yang memakan ikan, termasuk dewasa, remaja dan telur.

Beratus-ratus fosil Hamipterus jantan dan betina dewasa ditemui bersama-sama fosil remaja dan telur di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, menjadikan spesies Periode Cretaceous yang hidup 120 juta tahun yang lalu mungkin paling difahami dari semua jenis pterosaur lain.

Pterosaur adalah sejenis  vertebrata terbang pertama di bumi sebelum kewujudan burung dan kelawar yang muncul kemudian, lapor Theguardian.

Sehingga sekarang, tiada telur pterosaur telah dijumpai dengan embrio yang dipelihara dalam tiga dimensi. Penyelidik berpendapat sehingga 300 biji telur yang ditemui, mungkin ada yang masih tertanam di bawah fosil yang dijumpai.

Tulang dari embrio menunjukkan kaki belakang bayi Hamipterus berkembang lebih cepat daripada elemen sayap penting seperti tulang humerus. Penyelidik kemudian merumuskan bahawa bayi Hamipterus boleh berjalan tetapi tidak dapat terbang setelah menetas.

Para penyelidik percaya bahawa pterosaur ini tinggal dalam koloni yang ramai berhampiran tasik air tawar yang besar. Pterosaur betina berkumpul bersama untuk bertelur dalam sarang koloni dan kembali selepas bertahun-tahun ke sarang yang sama.

Antara 300 biji telur pterosaur yang ditemui di rantau Hami, timur laut China.

Saintis mengesyaki bahawa telur dan beberapa remaja dan individu dewasa dihanyutkan dari tapak bersarang dalam ribut ke dalam tasik, di mana mereka kekal terpelihara dan kemudian menjadi fosil.

Telur bujur yang berukuran sehingga 3 inci (7.2 cm) panjang,  adalah elastik dengan lapisan luar nipis yang keras ditandakan dengan kesan retak yang menutup lapisan membran yang tebal, menyerupai telur lembut beberapa spesies ular moden dan cicak.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science, terdapat kekurangan telur pterosaur dan embrio dalam rekod paleontologi kerana agak sukar untuk telur lembut mereka menjadi fosil.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker