Events

Hujung Minggu Sudah Tiba! Event Untuk 2 – 3 Disember

RIUH : Christmas Edition

Tempat: APW, Bangsar
Tarikh: 2 – 3 Disember 2017
Masa: 10 pagi – 9 malam
Yuran Kemasukan: Percuma

Kali ini Riuh membawa kepada anda edisi Krismas bersama dengan kedai pop-up dan pelbagai pilihan makanan. Ingin lihat persembahan langsung mereka? Jadi bawalah orang tersayang dan pastikan anda menikmati suasa di sana.


Plaza Low Yat Mega I.T. Fair

Tempat: Plaza Low Yat
Tarikh: 4 – 10 Disember 2017
Masa: 10 pagi – 10 malam
Yuran Kemasukan: Percuma

“Plaza Low Yat Mega IT Fair” kembali sekali lagi untuk bulan Disember! Nantikan tawaran istimewa dan diskaun besar serta segmen BELANJA DAN MENANG, di mana anda berhak untuk memenangi alat IT terkini secara percuma, dengan pembelian minimum sebanyak RM200. Terdapat juga pemberian telefon pintar harian. Jadi jangan lupa datang ke Plaza Low Yat!


Publika Christmas 2017

Tempat: Publika
Tarikh: 4 – 13 Disember 2017
Masa: 6.00 malam – 8.00 malam
Yuran Kemasukan: Percuma

Krismas di Publika sekali lagi akan dirayakan dengan cara yang hebat dengan paparan pokok Krismas yang unik dan artistik. Lihatlah persembahan perayaan, bazar yang terkenal, bengkel dan carols yang pasti akan menguatkan semangat cuti anda.


Pesta Pulau Pinang

Tempat: Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang
Tarikh: 25 November – 31 Disember 2017
Masa: Hari bekerja – 6.00 malam – 11 malam; Hujung Minggu – 5.30 petang – 11 malam
Yuran Kemasukan: Dewasa – RM5; Kanak-kanak – RM 1

Nantikan tunggangan yang menyeronokkan, terowong cinta dan pelbagai persembahan sempena ulang tahun ke-51 Pesta Pulau Pinang. Pesta ini memperkenalkan tarikan dan pertandingan baru untuk menghiburkan dan memikat pengunjung. Kepada semua warga Pinang! tunggu apa lagi? Jangan terlepas peluang ini untuk berseronok dengan orang yang tersayang.


Iskarnival Aktif

Tempat: Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri
Tarikh: 2 – 3 Disember 2017
Masa: 12:00 PM – 11:00 PM
Yuran Kemasukan: Percuma

Perayaan kedua bersempena status bandar Iskandar Puteri adalah karnival sukan 2 hari di Kompleks Sukan EduCity. Iskarnival Aktif adalah di mana anda dapat mengambil bahagian dalam pertandingan sukan, belajar kemahiran baru, mencabar rakan dan keluarga dalam pertandingan yang unik!


The Borneo Youth Sape Festival

Tempat: One Malaysia Cultural Village, Sibu, Sarawak
Tarikh: 2 Disember 2017
Masa: 9 pagi – 12 tengah malam
Yuran Kemasukan: RM 48 untuk dewasa ; RM 15 untuk kanak-kanak

Dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (Pebedas) dengan kerjasama Sibu Dayak Sape Club, pesta ini bertujuan untuk mempromosikan sape dan muziknya di mana pelawat dapat mengetahui lebih lanjut tentang instrumen muzik yang unik ini. Terdapat juga pameran sape dan pelbagai jualan, demonstrasi dan pertandingan dalam kategori kumpulan dan individu.


Trove Market

Tempat: f3 atrium, fx Sudirman
Tarikh: 30 November – 3 Disember 2017
Masa: 6.00 malam – 8.00 malam
Yuran Kemasukan: Percuma

Kepada semua pembaca Indonesia kami, Trove Market adalah tempat di mana anda dapat bertemu dengan influencer media Indonesia yang popular. Diadakan setiap hari sehingga 3 Disember, datanglah dan berjumpa dengan mereka!

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close