Bisnes & Ekonomi

Bolehkah Beg Banjir Ini Selamatkan Kenderaan Anda?

Dengan bencana banjir yang berlaku di negara ini, orang yang tinggal di kawasan mudah banjir yang bimbang tentang kerosakan kereta mereka mungkin akan mempertimbangkan untuk menyelubungi kenderaan mereka dalam beg plastik.

Dikenali sebagai beg banjir, ia dipasarkan oleh penjual yang mendakwa bahawa sifat-sifat kedap air produknya memastikan kereta yang menggunakannya akan dilindungi.

Hiew Yit Thang, 21, yang telah menjual 20 beg banjir dalam talian, berkata beliau mula menjualnya dalam talian tiga tahun lepas. Ini selepas ibu bapanya, yang menjalankan perniagaan perabot sekolah di Kajang, Selangor, melihat sendiri bagaimana mangsa banjir di Terengganu mengalami kerugian harta benda akibat kerosakan setelah banjir.

Hiew, yang kini bertanggungjawab dalam pembangunan perniagaan, berkata jualan akan turun menjadi sifar semasa musim panas. Tetapi, ketika musim hujan, dia mendapat permintaan di laman jualan dalam taliannya setiap hari.

“Beg banjir bukan sahaja untuk kereta tetapi perabot dan barangan elektrik juga,” kata Hiew, yang menjual begnya dengan harga RM350 sekeping.

Hiew percaya dia adalah pembekal tunggal untuk produk itu buat masa ini. Beg banjir diperbuat daripada plastik dan ditutup dengan lapisan lilin sebagai perlindungan terhadap hentakan. Ia dihasilkan secara tempatan di bawah label Floodsafe Carbag.

Menurut The Star, peminat kereta, Nicholas Gomez dapat memahami mengapa produk itu boleh dipasarkan kerana kos membaiki kerosakan kereta kerana dimasuki air boleh menjadi sangat mahal.

Walau bagaimanapun, Gomez bimbang bahawa walaupun pihak berkuasa akan membuat pengumuman amaran sebelum banjir, sesetengah pengguna mungkin akan membungkus kereta mereka hanya untuk menyedari bahawa rumah mereka tidak terjejas oleh banjir.

Dari sudut pandangan lain, veteran industri kereta, Davy Woo berkata ia lebih mudah untuk mendapatkan perlindungan insurans banjir untuk penduduk kawasan yang mudah banjir kerana banjir jarang berlaku. Pengguna juga akan mendapati ia meletihkan untuk melalui prosedur membungkus kereta kerana amaran banjir palsu.

Apa pula pendapat anda? Adakah anda lebih rela membazirkan usaha untuk menyelamatkan kereta tersayang anda atau anda lebih rela membazirkan ribuan Ringgit untuk membaiki kenderaan anda setelah rosak dimasuki air?

Tags
Show More

Related Articles