Antarabangsa

5 Seksaan ‘Brutal’ Yang Dihadapi Oleh Tahanan Perang

Peperangan adalah neraka di dunia, dan ia adalah lebih baik untuk mati di medan pertempuran daripada ditangkap dan menjadi tahanan perang.

Ketika Perang Dunia Kedua (WWII), Perang Dingin, dan sebagainya, tahanan-tahanan perang terpaksa mengharungi pelbagai bentuk seksaan dan kekejaman yang tidak berperikemanusiaan.

Berikut adalah 5 seksaan ‘brutal’ yang dilakukan ke atas tahanan perang:

 

1. BERDIRI 4 HARI BERTURUT-TURUT TANPA MAKANAN/MINUMAN

Pada tahun 1942 (era WWII) empat orang tahanan perang warga Australia cuba melarikan diri daripada kem tahanan Jepun.

Berang akan perkara itu, tentera Jepun mengarahkan setiap orang tahanan perang (jumlah keseluruhan 15,000 orang) untuk menandatangani sebuah ‘perjanjian’ agar mereka tidak akan melarikan diri.

Kesemua tahanan perang itu tidak membantah, sebaliknya mereka pula yang mencabar Jepun untuk benar-benar melaksanakan perjanjian itu.

Rasa terhina dengan tindakan mereka itu, tentera Jepun kemudian mengarahkan semua tahanan untuk berhimpun di kem Selarang itu tanpa diberikan sebarang makanan atau minuman.

Mereka dipaksa untuk berdiri di ruang sempit yang hanya mampu menampung beberapa ribu orang sahaja.

Selepas empat hari berturut-turut, tahanan mengalami jangkitan, dehidrasi dan kekurangan zat makanan, di mana mereka kemudian mengalah dan menandatangani perjanjian itu dengan ‘rela hati’.

 

2. DISEKSA TANPA SEBARANG OBJEKTIF

Kisah-kisah ngeri mengenai layanan kejam tentera Vietnam terhadap tahanan perang mereka bukan sesuatu perkara yang mengejutkan.

Malah, mereka menyeksa tahanan perang bukan untuk mencungkil maklumat atau tidak mendengar arahan, tetapi ia dilakukan semata-mata untuk memastikan setiap tahanan membenci Vietnam selama-lamanya.

Bukan itu sahaja, ia juga bertujuan untuk memusnahkan semangat dan harapan dalam diri tahanan.

Antara kaedah seksaan yang paling ‘popular’ adalah dengan meletakkan tahanan di dalam ‘sangkar harimau’.

Saiz sangkar tersebut amat kecil dan tahanan akan dibiarkan di dalamnya sehingga mereka mati.

Selain itu, sesetengah tahanan perang turut digantung menggunakan cangkuk besi dan dipukul menggunakan belantan.

 

3. ‘KEPALA BOLA SEPAK’ 

Cubaan Jepun untuk menakluki China pada tahun 1937 menyaksikan pertumpahan darah yang tidak terkira.

Tahanan perang Jepun yang ditangkap oleh tentera China diseksa dengan kejam.

Menurut Tom Simmen, seorang jurugambar yang berpeluang untuk mendokumentasikan kekejaman itu, tentera China menyaksikan seksaan/pembunuhan tahanan Jepun dengan perasaan gembira, sambil berharap mereka dapat menggunakan kepala tahanan yang dipancung untuk bermain bola sepak.

 

4. BUANG ORGAN DALAMAN KETIKA SEDAR

Di sebuah pusat eksperimen Jepun bergelar Unit 731, ia merupakan ‘perkara biasa’ untuk membuang organ dalaman dan memotong anggota badan tahanan perang ketika mereka masih hidup tanpa menggunakan sebarang ubat tahan sakit atau anestetik.

Ini merupakan salah sebuah tindakan yang paling kejam dalam dunia moden, dan kebanyakan mangsa adalah dari kalangan tahanan perang warga China.

Malah, para saintis yang terlibat dalam ‘eksperimen’ tidak berperikemanusiaan itu turut sengaja menyambungkan semula anggota badan yang telah dipotong di tempat yang salah di badan tahanan.

 

5. MAKAN DAGING TAHANAN (KANIBAL)

Selain daripada memotong anggota badan tahanan perang, terdapat juga kanibal (manusia makan manusia) dalam kalangan segelintir tentera Jepun.

Sesetengah daripada kanibal tersebut memakan daging tahanan memang kerana kelaparan, namun terdapat juga segelintir yang memakan mereka hanya untuk menakut-nakutkan tahanan.

Show More

Related Articles

Back to top button