Gaya HidupPercutian

Pelbagai Tarikan Di Grampians, Australia

Di Grampians, Australia anda boleh dapati pelbagai jenis pusat tarikan.

Antara tarikan berunsurkan alam semulajadi yang terdapat di Grampians adalah laluan trek, pemandangan yang indah serta air terjun yang berlatarbelakangkan gunung-ganang dan formasi batuan yang lasak.

Hal ini adalah disebabkan, lebih 400 juta tahun yang lalu, permukaan bumi kawasan Western Victoria, di mana terletaknya di Grampians telah mengalami sebuah perubahan yang besar seterusnya membentuk kawasan bergunung-ganang.

Orang-orang asli Koori di sana telah menggelar kawasan ini sebagai Gariwerd. Kini ia dikenali sebagai Grampians.

Proses hakisan akibat angin, hujan dan air selama bertahun-tahun lamanya telah menyebabkan batuan kuno yang didapati di Grampians mempunyai bentuk-bentuknya yang unik dan tersendiri. Antaranya adalah cerun curam serta formasi batuan yang luar biasa.

Ada juga tarikan yang sesuai untuk mereka yang hanya ingin relaks.

Antaranya seperti menikmati hasil seni yang di pamerkan di galeri atau menimba ilmu tentang orang asli Brambuk di pusat pamerannya.

Berikut adalah lima tarikan utama yang berbaloi dikunjungi jika anda berada di Grampians lapor National Straits Times.

PEAKS TRAIL

Laluan pejalan kaki bertaraf dunia yang terletak di Taman Negara Grampians ini membolehkan pendaki merasai pengalaman berada di tengah-tengah alam semulajadi.

Peringkat pertama laluan sepanjang 144km kini telah dibuka dan ia menampilkan beberapa ciri menarik yang terdapat di Grampians.

Laluan peringkat pertama ini adalah pusingan sejauh 33km,  jadi  tempoh perjalanan selama tiga hari dan dua malam diperlukan untuk melawat tempat ini.

Anda boleh layari  www.grampianspeakstrail.com.au untuk maklumat lanjut.

PINNACLE LOOKOUT

Puncak paling popular  di Taman Negara Grampians, Pinnacle Lookout menawarkan pemandangan lembah yang menakjubkan yang terdapat di taman itu.

Formasi batuan yang tidak teratur di kawasan Grampians ini sangat terkenal.

Terdapat beberapa pilihan laluan yang pelbagai untuk sampai ke The Pinnacle. Jalan-jalan ini berbeza dari segi jarak dan kesukaran.

Anda boleh lawati laman sesawang //parkweb.vic.gov.au/ visit/natural-wonders/thepinnacle- in-the-grampiansyou- can-do-it untuk mengetahui tentang tempat ini dengan lebih lanjut

MACKENZIE FALLS ( Air Terjun Mackenzie)

Mackenzie falls adalah sebuah air terjun yang sentiasa mengalir sepanjang tahun.

Ia merupakan salah sebuah air terjun yang terbesar serta  yang paling menakjubkan di Victoria.

Air terjun yang bertingkat-tingkat ini yang mengalir dengan  pantas melepasi tebing-tebing besar sebelum air berkumpul di dalam sebuah kolam yang dalam.

Semburan percikan airnya ke udara menghasilkan pemandangan yang sangat indah.

Anda boleh  ke Mackenzie Falls Lookout Walk dengan menggunakan jalan yang senang, iatu sejauh 1.9km (untuk perjalanan pergi dan pulang) dan mengambil masa kira-kira 40 minit atau jalan sejauh 2km (untuk perjalanan pergi dan pulang) ke tapak air terjun Mackenzie yang mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit.

Lawati laman web //parkweb.vic.gov.au/explore/parks/grampians-national-park/things-todo/ mackenzie-falls untuk maklumat lebih lanjut.

BRAMBUK ABORIGINAL CULTURAL CENTRE (Pusat Kebudayaan Orang Asli Brambuk)

Di sini pengunjung boleh belajar tentang budaya dan sejarah orang asli Brumbuk. Ia dikelilingi oleh pemandangan gunung  yang dramatik, air terjun yang indah dan bunga-bunga liar.

Pusat ini juga menempatkan Kafe Bushfoods dan Gariwerd Dreaming Theatre. Ia juga ada mengendalikan lawatan kebudayaaan orang asli yang mempamerkan seni batuan terkenal di kawasan itu.

Anda boleh lawati laman sesawang www.brambuk.com.au jika anda berminat untuk menyertai rombongan ini.

GALERI HAMILTON

Merupakan sebuah khazanah tempatan buat lebih dari 50 tahun, Galeri Hamilton menyajikan pelbagai jenis pameran, program-program dan acara yang merangsang kefahaman, kesedaran dan penghayatan tentang seni-seni visual bagi pengunjung.

Koleksi yang terdapat dalam galeri ini termasuklah karya oleh beberapa seniman hebat dari Eropah, Asia dan Australia.

Hasil seni buatan perak, porselin dan kaca dari awal abad ke-18, seramik Asia dari dinasti-dinasti utama, gambar landskap-landskap dari abad ke-18 serta lukisan cat minyak dan cat air dari Australia adalah antara contoh-contoh karya seni yang terdapat di sini.

Sila layari www.hamiltongallery.org jika anda merancang untuk melihat hasil- hasil seni ketika berada di Grampians.

Tags
Show More

Related Articles