Isu SemasaTempatan

Kenali Perkhidmatan Kargo KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan pengendali kereta api yang utama di Semenanjung Malaysia.

KTMB menyediakan perkhidmatan tren yang selamat dan efisien dan juga mesra alam melalui tenaga kerja yang terlatih dan penggunaan teknologi moden, termasuk untuk tujuan pengangkutan barang secara pukal mahupun kontena.

Menurut laman web rasmi KTMB, kereta api kargonya menghubungkan pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung Malaysia melalui konsep containerism dan Intermodalism bagi memenuhi keperluan para pelanggan seperti mana yang dikehendaki oleh mereka.

Dalam pada itu, KTMB turut menawarkan kadar tambang yang kompetitif dan proses penghantaran yang amat mudah.

Perkhidmatan Kargo KTMB menyediakan tiga perkhidmatan iaitu Perkhidmatan Tren Kontena, Perkhidmatan Tren Kargo Konvensional (Bulk Carrier dan Cement), serta Perkhidmatan Landbridge.

 

1. PERKHIDMATAN TREN KONTENA

Perkhidmatan kontena KTMB menghubungkan lima pelabuhan utama di Semenanjung Malaysia iaitu Penang Port Sdn Bhd (PPSB), Northport (Malaysia) Bhd, Wesport (Malaysia) Sdn Bhd, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Antara lain, ia turut menghubungkan pelabuhan darat di Padang Besar, Ipoh (Ipoh Cargo Terminal), Setia Jaya (Kontena Nasional Inland Container Depot) dan Segamat (Segamat Inland Port).

Perkhidmatan tren kontena KTMB pula terbahagi kepada tiga bahagian seperti berikut:

  • SOUTH THAI CARGO (STC) – Ini merupakan perkhidmatan tren kontena yang membawa barangan dari daerah-daerah di Selatan Thailand untuk di eksport melalui pelabuhan Pulau Pinang.

Oleh itu, perkhidmatan ini menghubungkan Terminal Pelabuhan darat di Padang Besar dengan pelabuhan di Pulau Pinang bernama NBCT.

  • LANDFEEDER –  Perkhidmatan tren kontena yang menghubungkan pelabuhan-pelabuhan dan pelabuhan kering di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Ia membawa kontena berisi atau kosong dari satu pelabuhan, pelabuhan kering ke satu pelabuhan, pelabuhan kering untuk dihantar kepada pihak pelanggan atau untuk di eksport atau import ke/dari negara-negara lain.

  • INTER TERMINAL TRANSFER – Perkhidmatan tren Inter Terminal Transfer atau nama singkatnya ITT adalah perkhidmatan yang menghubungkan dua pelabuhan yang membawa kontena-kontena transhipment di antara Pelabuhan Utara ke Pelabuhan Barat atau sebaliknya di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pasir Gudang ke Pelabuhan Tanjung Pelepas atau sebaliknya.

 

2. PERKHIDMATAN TREN KARGO KONVENSIONAL 

Perkhidmatan yang kedua ini pula membawa barang secara pukal seperti makanan, simen atau bahan kimia.
Perkhidmatan tren kargo konvensional, ia adalah perkhidmatan tren membawa barang secara pukal seperti makanan, simen atau bahan kimia.

Dalam pada itu, KTMB juga menjadi pengangkutan utama di dalam penghantaran simen dari kilang ke depoh pengagihan di Lembah Klang untuk empat buah syarikat utama simen iaitu:

– Negeri Sembilan Cement Industries Sdn Bhd (Bukit Ketri di Perlis ke Kuang di Selangor)

– YTL Cement Sdn Bhd (Padang Rengas, Perak ke Batu Caves, Selangor)

– Lafarge Malaysia Bhd (Chemor, Perak ke Padang Jawa, Selangor)

– Tasek Corporation Berhad (Tasek, Perak ke Sungai Buloh, Selangor)

KTMB juga menjadi pengangkutan utama bagi penghantaran urea dari kilang di Gurun ke Butterworth untuk pengagihan di dalam negara dan di eksport ke luar negara bagi syarikat Petronas Chemical Fertiliser (Kedah) Sdn Bhd.

 

3. PERKHIDMATAN LANDBRIDGE / CROSS BORDER

Yang ketiga adalah Perkhidmatan Landbridge. Ia merupakan perkhidmatan tren yang menghubungkan pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung Malaysia ke pelabuhan-pelabuhan di Thailand.

Proses dokumentasi di antara Malaysia dan Thailand ternyata dipermudahkan dengan adanya perkhidmatan ini, di mana tempoh perjalanan juga menjadi lebih cepat dengan masa mengambil masa hanya 60 jam untuk sampai ke destinasi.

Selain itu, barang-barang yang dibawa juga lebih terjamin keselamatannya berbanding jika ia dibawa menerusi medium pengangkutan lain seperti lori atau barge.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button