Gaya HidupMakan & Minum

Gerai Pau Pak Ngah Laris Dan Lazat

Kuih pau secara tradisi dipenuhi dengan inti kaya atau kacang merah. Tidak kira bangsa, kuih pau dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sebuah gerai pau di Ampang telah mengubahsuai inti kuih tradisi ini dengan versi mereka sendiri. Mengambil inspirasi daripada fusion food, gerai ini menggabungkan rasa barat dan timur.

Gerai Pau Pak Ngah mengambil inspirasi makanan Itali seperti Chicken Carbonara dan Beef Bolognese untuk inti yang unik, dan mencampurkannya dengan sos berkrim ciptaan tersendiri.

Pau berinti makanan Itali bukan satu-satunya inti yang menarik di sini. Gerai ini juga menawarkan inti penuh dengan makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti rendang daging, ayam masak merah, kari daging dan sardin cili api.

Walaupun Gerai Pau Pak Ngah dibuka sehingga 10 malam, ia selalunya ditutup lebih awal kerana pelanggannya yang ramai sehinggakan perlu beratur.

Dengan pelbagai perisa unik dan juga harga yang berpatutan, jangan lupa datang dan cuba pelbagai perisa. Harganya bermula daripada RM1.50 hingga RM3.00 untuk perisa premium. Jadi pastikan anda datang lebih awal!

Gerai Pau Pak Ngah

Waktu operasi: Ahad-Jumaat ; 2pm hingga 10pm; tutup pada hari Sabtu.

Alamat: Medan Bukit Indah 1, Taman Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur.

Laman Web: Gerai Pau Pak Ngah

Tel: 016-287 5125

Semua Kredit Imej: Gerai Pau Pak Ngah

 

Tags
Show More

Related Articles