Isu SemasaTeknologiTempatan

Berhati-hati! Swafoto Anda Boleh Dicuri

Swafoto yang dikongsikan di Facebook dan Instagram boleh dicuri dan digunakan untuk menjual pekhidmatan seks di media sosial.

Sebuah akaun video lucah di Twitter telah menggunakan gambar yang diambil daripada media sosial pengguna untuk mencari pelanggan bagi perkhidmatan haram mereka, yang terdiri daripada video lucah atau pelacuran.

Tweet berkenaan dimuatnaik bersama swafoto wanita dan diperkenalkan sebagai pelacur yang tersedia untuk disewa.

Sesetengah swafoto menunjukkan wanita-wanita ini dalam pakaian pekerjaan. Gambar-gambar ini kebanyakkannya diambil di cerman bilik air, dalam kereta, dan juga di tempat kerja.

Terdapat juga sebuah gambar menunjukkan pelajar di dalam bilik darjah yang berpakaian baju sekolah dengan lambang sekolahnya terdedah.

The Star melaporkan sekurang-kurangnya empat daripada wanita-wanita ini adalah pengguna media sosial yang aktif dan telah berkongsi secara terbuka gambar peribadi mereka di Facebook dan Instagram.

Dua daripada mereka merupakan guru sekolah.

Menyamar sebagai seorang pelanggan di Twitter, The Star telah menghubungi sebuah akaun video lucah yang berpusat di Shah Alam untuk bertanya sama ada wanita-wanita tersebut tersedia untuk perkhidmatan seks.

“Ya, mereka semua perempuan saya. Hantar duit kepada saya dan saya akan mengaturkan semuanya,” balas admin akaun.

Admin yang tidak dapat dikenal pasti memberi arahan supaya segera memasukkan wang sebanyak RM300 ke sebuah akaun bank dan kemudian datang ke hotel yang ditetapkan di mana sebuah bilik dan seorang pelacur akan disediakan.

Admin tersebut tidak membenarkan kaedah bayaran di tempat lokasi. Beberapa pengguna Twitter juga telah mendakwa bahawa akaun video lucah ini adalah penipuan. Dua pengguna mendakwa admin tersebut berhenti membalas selepas bayaran penuh telah dibuat.

Gambar-gambar yang dicuri ini menunjukkan trend jenayah siber yang merisaukan. Ia melibatkan penipuan, pelacuran dan pemfitnahan, kata aktivis hak digital Projek Sinar, Tan Sze Ming.

“Penipuan dan pelacuran adalah jenayah utama di sini. Bagi foto yang dicuri, mangsa hanya boleh mengemukakannya sebagai kes fitnah, walaupun begitu tidak semua mangsa mampu membayar yuran guaman,” kata Tan.

“Kebanyakan orang tidak menyedari bahawa benda yang mereka pos dalam talian boleh digunakan secara bebas oleh pihak ketiga untuk pelbagai tujuan,” katanya.

Dasar privasi Facebook menyatakan bahawa kandungan dan maklumat yang dikongsi dengan orang awam adalah maklumat umum yang tersedia kepada sesiapa sahaja di dalam atau di luar platform media sosial, dan boleh diakses dan dilihat melalui enjin carian dalam talian dan media luar talian seperti TV.

Kesalahan daripada segi undang-undang

Penyalahgunaan gambar dan maklumat peribadi dalam talian untuk mendapatkan perkhidmatan seks adalah kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Dari 2015 hingga Julai 2017, sejumlah 78 kes telah disiasat di bawah Seksyen 233 Akta atas penyediaan atau pemberian kandungan lucah,” kata jurucakap SKMM.

Beliau berkata SKMM akan menyiasat sama ada terdapat kesalahan yang melibatkan kandungan lucah atau tidak senonoh, dan juga mengemukakan laporan kepada penyedia platform media sosial untuk tindakan selanjutnya.

Sekiranya terdapat unsur-unsur pelacuran atau peras ugut, kes itu akan dirujuk kepada polis untuk tindakan di bawah Kanun Keseksaan, katanya.

SKMM menasihatkan orang ramai untuk berjaga-jaga, dan mengingatkan mereka untuk tidak “terlebih kongsi” gambar. CyberSecurity Malaysia (CSM) juga menerima 17 laporan pada 31 Julai, daripada pengguna media sosial yang gambarnya disalahgunakan untuk perkhidmatan seks.

“Kami akan membantu memberitahu penyedia perkhidmatan masing-masing untuk menurunkan profil atau pengiklanan kandungan yang menyinggung perasaan pengguna,” kata ketua pegawai eksekutif CSM Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.

“Kami menasihati mangsa untuk membuat laporan polis, bersama-sama dengan bukti untuk menyokong laporan mereka. Salinan laporan polis boleh diberikan kepada kami untuk analisis dan akan diberi ke Twitter untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mereka yang mendapati gambar mereka disalahgunakan boleh melaporkan kepada Pusat Bantuan SKM atau Cyber999 CSM di https://www.mycert.org.my.

Show More

Related Articles

Back to top button