Teknologi

PS4 Pro Edisi Monster Hunter: World

Bagi yang meminati siri Monster Hunter, anda mungkin harus mendapatkan PS4 Pro Edisi Monster Hunter: World.

Sony telah mengumumkan satu PS4 Pro Edisi Monster Hunter: World Rathalos akan dikeluarkan bersempana permainan ini pada Januari 2018 nanti.

PS4 Pro berkonsepkan rekaan Rathalos.

PS4 ini direka atas reka bentuk salah satu naga dalam permain ini; Rathalos. Set juga didatangkan dengan controller DualShock 4 berwarna merah yang mengikut tema edisi ini.

Set PS4 ini juga dijual bersama BluRay Monster Hunter: World dan akses PS Plus selama 3 bulan.

Menurut Sony, Set PS4 Pro Edisi Monster Hunter: World ini akan dijual pada harga RM2048.

Monster Hunter: World merupakan siri ke-5 untuk konsol PlayStation dan yang pertama dibina dalam Bahasa Inggeris untuk PlayStation 4.

Monster Hunter merupakan permainan role-action dengan tema memburu naga atau raksasa secara berkomuniti. Setiap tugasan memburu yang berjaya, pemain akan menerima ganjaran untuk menaik taraf perisai dan senjata.

Trailer pertama permainan ini yang ditayangkan pada Jun lepas menerima reaksi yang sangat positif dan ramai orang sudah tidak sabar untuk bermainnya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker