Hiburan

Penari Tap Profesional Pada Umur 15 Tahun

Semuda tujuh tahun, Ashley Khoo telah menunjuk minat dalam tarian tap.

Mujur, jiran sebelah rumahnya pada ketika itu ialah tak lain tak bukan, Farah Sulaiman. Pengetua Sayang Academy of Dancing, veteran koreografer, penerbit dan pengarah seni, Farah juga telah mengajar ramai penari Malaysia.

“Aunty Farah bertanya sama ada saya mahu masuk pertunjukan amal, dan dengan galakkan daripada ibu bapa saya, saya bersetuju,” kata Khoo, yang sekarang berumur 15 tahun.

Sejak itu, bakat seni tarian tapnya di bawah bimbingan Farah, telah semakin meningkat.

Seorang pelajar di MyIGCSE Learning Centre di Kuala Lumpur, Khoo telah terlibat dalam pelbagai produksi amal, lapor Star 2.

Pada usia 12 tahun, dia dipilih untuk membintangi Muzik Video Nestle Nestum 3-in-1. “Penganjur uji bakat bertanya kepada aunty Farah jika dia mengenal sesiapa yang berumur antara 11 dan 13 tahun yang pandai menari. Akhirnya, keputusan berada kepada saya atau kawan saya. Mereka memilih saya, sebab mereka suka bunyi ‘tap’ saya.”

Disebelah pemain gitar Az Samad dan vokalis Nadhira, Khoo menunjuk bakat menarinya. “Rakaman video itu mengambil masa selama lapan jam,” Khoo mengingat kembali. “Ia sukar, tetapi menyeronokkan.”

Tahun ini, acara terpenting banginya adalah menjadi salah satu penari sandaran untuk upacara pembukaan dan penutupan Sukan Para ASEAN ke-9.

“Kami dapat membuat persembahan bersama Yuna,” kata Khoo sambil tersenyum. “Saya sangat gembira kerana saya tidak pernah ke Stadium Nasional (di Bukit Jalil) dan saya dapat bersatu semula dengan semua rakan saya.”

Selain menari, Khoo suka berenang. “Saya telah mengambil bahagian dalam pertandingan renang sebelum ini, dan memenangi beberapa pingat. Tetapi sekarang, tumpuan saya adalah tarian tap. “

Mengenai lagu-lagu yang dia suka dengar sambil menari, Khoo memetik lagu Jordin Spark ‘One Step At A Time’ dan lagu Justin Timberlake ‘Can’t Stop The Feeling’.

Menurut Khoo, tarian telah mengajarnya untuk berdisiplin serta membangkitkan kesedaran tentang kerja-kerja amal.

“Saya amat berbangga dengan semua hasil amal (Sparks Of Broadway dan DanSing Thru Broadway) yang saya telah terlibat,” kata Khoo.

“Ketika saya lebih muda, saya tidak tahu apa-apa mengenai kerja amal. Ibu bapa saya memberitahu saya tentang orang-orang yang kurang bernasib baik, dan bagaimana sumbangan kecil boleh membantu menjadikan mereka bahagia.”

Untuk cita-citanya, Khoo bercita-cita untuk menjadi guru matematik. “Disebabkan saya minat menari juga, saya tidak keberatan untuk mengajar tarian tap.”

Ditanya mengenai idola, Khoo menjawab: “Saya mengagumi guru tarian saya. Aunty Farah telah mengajar dan memberi inspirasi kepada saya dan orang lain. Dan jika kami membuat sebarang kesilapan, dia memberitahu kami dengan lembut.”

Dia juga memberi penghargaan kepada ibu bapanya. “Mereka sentiasa berada di sisi saya, memandu saya ke kelas dan uji bakat.

“Jika anda mempunyai ibu bapa yang menyokong dan memahami anda seperti ibu bapa saya, lebih mudah untuk anda mengejar impian,” kata Khoo, yang ditemani oleh ibunya, Adeline Saw untuk penggambaran di Menara Star, Petaling Jaya.

“Dari umur yang sangat muda, Ashley telah menunjukkan kecenderungan ke arah menari,” kata Saw dengan bangganya. “Setiap kali kami memasang lagu, dia boleh menari tap dengan mudah.”

Sebagai bekas guru muzik, Saw percaya bahawa adalah penting bagi ibu bapa untuk memupuk dan menggalakkan bakat anak mereka.

“Kita harus mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bentuk muzik, dan terpulanglah kepada mereka sama ada mereka mahu meneruskannya. Mereka perlu mempunyai semangat semula jadi.”

Khoo akan menyertai persembahan amal Satu Hati – Ekspresi OKU oleh Adiba Radzi & Friends. Ia akan diadakan pada 29 dan 30 Nov di Teater KuAsh, Taman Tun Dr Ismail, KL. Untuk membeli tiket, lawati Facebook OKU Sentral.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker